Menjawab soalan kanak2

Written by Einzafeera 4 comments Posted in: ,

Bismillahirrahmanirrahim..

Harini saya berada di kampung halaman tercinta. Serendah. Tak tau kenapa penduduk zaman dahulu menamakan kawasan ni serendah. Nak cakap rendah, x pernah pulak rumah saya banjir. Entah.

Lepak-lepak dengan family memang best. Tambah2 sekarang ni cuti sekolah. Tapi rumah saya ni sunyi sepi la pulak.. Susah nak lengkap semua beradik..bile raya baru complete.

Sedang saya berbual rancak dengan ummi saya, si bongsu, izyan mencelah..

"umi, anak luar nikah tu ape?"

ok..kami terkedu..telinga kuali betul budak kecik darjah 3 ni..saya dan ummi baru sahaja memperdebatkan tentang nasib anak luar nikah di malaysia. Memang sadis bile dengar mereka tak boleh buat pinjamam PTPTN. IC pun color lain. Takde bin/binti. Oh malu betul kalau orang tahu mereka anak luar nikah. Namun apakan daya, ibubapa punya kerja, anak tanggung semua.

"umi, jawablah soalan izyan tu.." akhirnya saya bersuara sambil sengih-sengih kambing.

"Hmm..budak kecik ni xkan faham la zafirah..." ummi pun senyum kambing sambil kenyit2 mata.

Oh adikku. Bijak betul kamu ya..mencelah orang2 tua berborak. Akak pun x tau macam mane nak explain kat izyan.

Perbualan saya dan ummi diteruskan..

tiba-tiba..

izyan: abang ipar? abang ipar tu ape?
saya: izyan rase?
izyan: erm abang tiri..
saya: abang tiri tu ape?
izyan: abang yang jahat...

HAHAHA. moga izyan tak dapat abang ipar yang jahat yea..

saya nak kongsi satu pesanan imam Al-Ghazali

"Jika kita ingin anak kita menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berikanlah ia makanan daripada rezeki yang halal sejak ia lahir. Makanan yang halal selain menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan mental mereka pintar dan cerdas. Sebaliknya anak akan menjadi derhaka terhadap kita jika ia diberikan makanan yang haram dan kotor."

4 comments:

  1. iz

    izyan sgt comell ok!-izma..

    6/12/10, 3:44 PM
  2. Einzafeera

    azza: izyan, kwn akak ckp izyan comel
    izyan: oh izyan sgt bangga..

    aiseh. adikku mmg suka perahsantan.

    6/12/10, 11:15 PM
  3. zakie_fzg

    pandai izyan...agaknyer ko pun mcm tu dulu2 kan.main masak-masak...

    6/30/10, 4:48 PM
  4. Einzafeera

    zaki: aku biase je time kecik2..elok je dok diam2..hahahaha

    6/30/10, 11:46 PM

Post a Comment

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails