Banyak idea sebenarnya nak update entri tapi writing skills dah kian merosot. Gara-gara kurang membaca punya pasal la ni...
Tadi saya selak-selak helaian demi helaian sebuah buku. Tiba-tiba bibirku mengukir sebuah senyuman dek tertawan dengan sebuah mutiara kata.
"Orang yang bahagia itu selalu menyediakan waktu untuk membaca, kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu untuk tertawa, kerana tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan waktu untuk berfikir, kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal, kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bermain (bersenda), kerana bermain itu akan membuat muda selalu,
dan
menyediakan waktu untuk beribadat, kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa"
sumber: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, Membina Hati Bahagia (Karya Bistari, 2009)
p/s: CINTA adalah motivasi terbaik bagi manusia.
0 comments:
Post a Comment