Akhirnya Ku Temui

Written by Einzafeera 6 comments Posted in: ,

Assalamualaikum Teman-teman,


Sedikit perkongsian buat anda semua.

Sebuah video yang saya terjumpa di Facebook seorang sahabat.


video
Part 1


video
Part 2


Video ini betul2 memberi kesan terhadap diri saye.
Walaupun lakonannye tidaklah begitu mantap, namun mesej itu betul2 sampai...

Wassalam.

Read more

Maafkan dia

Written by Einzafeera 6 comments Posted in: ,


Pernah ke tengok seseorang tu seumur hidup dia, tak pernah dia marah?


Ade? Ade ke?

Saye percaya jarang jumpa kan?

Tapi setiap orang tu cara marahnya berbeza-beza. Ada yang membebel-bebel, ada yang menghentak-hentak, ada yang mencampak-campak, ada yang mencarut-carut, ada yang belasah membelasah, ada yang hanya diam tapi dalam hati penuh dengan hasad dengki.

Mungkin kita akan rasa puas hati dengan marah-marah. Tak berserabut kepala katanya..

Tetapi ketahuilah kamu, kemarahan kamu itu telah menyebabkan kelukaan yang mendalam. Baik kepada kamu yang suka marah-marah atau manusia yang kene marah.

Sebab itu islam menganjurkan bermaafan. Sebab dengan bermaafan, hati manusia itu akan bahagia.

"Bukan mudah..takkanlah dia dah buat salah, kite kene terus maafkan dia kot?"

Betul..bukan mudah. Kita merasakan kita sudah kalah. Kita merasa diri kita dipijak. Kita rasa dialah perlu merana atas kesalahan dia.

Tetapi sedarkah kamu, tembok yang menghalang kamu untuk memaafkan itu adalah EGO?

Semakin tinggi EGO kamu, semakin resah gelisah hati kamu. Bukankah kamu juga inginkan ketenangan? Sampai bila kamu mahu gelisah?

Maka, untuk mengecapi ketenangan, kite perlu berkorban. Korbankan keEGOan kamu itu.

Kita percaya bahawa Allah akan memberikan kita sesuatu yang lebih baik apabila kita memaafkan sesiapa yang menganiaya kita.

"...dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Surah An-Nuur ayat 22.

Besar sungguh ganjarannya..hanya dengan memaafkan, kita mendapat keampunan Allah.

Alangkah tenangnya hati apabila kita sentiasa memaafkan dan tidak pula berdendam.

"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini." Surah Al-Furqaan ayat 63.

Bila kita memaafkan seseorang yang menganiayai kita, apakah kita menghalalkan tindakan menganiayai kita?

Tidak. Perbuatan salah itu tetap salah.

Adakah memaafkan itu bermaksud tidak menegur?

Tidak. kita tetap menegur.

Apakah memaafkan ini bermaksud kita tidak boleh marah?

Tidak. Kita boleh marah.

Cuma bezanya, cara teguran kita itu. Cara kemarahan kita itu. Orang yang memaafkan itu lebih bersih tegurannya dan tidak disalut emosi yang melampau. Marah yang sebenarnya bagaimana pula? Semestinya kita marah mengikut neraca Allah SWT. Tidak perlulah sehingga mengguris hatinya dan sekaligus meninggalkan luka yang paling dalam.

Namun, semua pilihan terletak di tangan kita.

Memaafkan atau tidak memaafkan.






Sumber: Langit ilahi.com (klik sini)
Olahan semula: Saye.


p/s: Peringatan untuk diri saya juga. ^_^

Read more

Tersentuh Naluri Keibuan

Written by Einzafeera 5 comments Posted in:

Assalamualaikum pembaca2 ku..

Entri kali ni, saya memohon izin untuk menggunakan ganti diri 'aku'. Sebab, kisah dibawah merupakan sebuah kisah tentang pengalaman..

Kejadian berlaku pada 13 Mac 2009,

Al-kisah...dot dot dot

...dot dot dot...dipendekkan cerita, aku bersama-sama dengan 3 lagi sahabat (deel, amal and nabh) telah bersetuju untuk menziarahi sahabat sepersekolah kami yang baru sahaja selamat melahirkan zuriat beliau yang pertama.

Idea nak melawat tu mula2 muncul di saat aku click-click page sahabatku itu. Tiba2 mataku tertarik dengan gamba si comel itu.

Amna Syahira

Komen punye komen..



yaa..jelaslah aku yang mengesyorkan idea menziarah kan?

Ai takkan nak ziarah baby dengan lenggang kangkung je kan? So, berpakat-pakatlah kitorang untuk membeli 'ole-ole' buat si comel tu..

Disaat kaki kitorang melangkah ke babies department, hatiku betul2 tersentuh melihat baju2 yang kecik2 tu..alahai comelnye!!! Macam2 design, macam2 kaler. wahhhh comel comel comel!!

Bukan aku cakap dalam hati tau, tapi kitorang semua jerit2 tanda excited melihat dan mengibas-ngibas baju yang kecik2 tu..

(jerit2 dengan penuh sopan ok. jangan salah faham.)

Setelah setel urusan memilih baju comel, lalu kitorang pun terus bergerak menuju ke destina dimana Amna berada.

...dot dot dot...dipendekkan cerita,


pemilik camera: Taro

Setelah menimang-nimang, mengkiss-kiss, mendukung-dukung dari tangan ke tangan, tiba2 satu soalan cepumas keluar.

wahai ummi Amna, apakah rasanya bersalin?

Oyeah..mestilah kene tanye pengalaman sahabat sendiri kan...

(bermulalah kisah dari A ke Z...)

Setiap kali ade part2 yang "mengilukan", kitorang sekali lagi malah berkali-kali menjerit. Menjerit sampai daripada duduk, boleh pulak terbaring akibat mendengar pengalaman sahabat ku itu..Kesakitan..Kesakitan yang tidak dapat diluahkan..hanya kaum ibu2 je tahu ape rasanye..

sampaikan cik amal bersuara; kalau anak kita da besar tapi derhaka, patut 'disepak' je..

Apabila cerita part bersalin tu dah sampai ke Z, kepala kitorang semua tiba2 pening. haha.

(naluri keibuan sedikit goyah..)

Dan, bila kitorang pulang ke rumah nabh, ibu nabh pulak menambah cerita tentang pengalaman bersalin beliau. Ape lagi...semakin kuat la jeritan kitorang. haha

(naluri keibuan dah takmau keluar2..)


  • setiap wanita pasti merasa saat2 kesakitan itu suatu hari nanti.
  • Kaum lelaki, hargailah isteri kamu nanti yea..
  • sayangilah ibu kamu yang dah bersusah payah bermati-matian melahirkan kamu.
  • Kamu semua boleh try tanye ibu anda tentang pengalaman mereka. konfem kamu 'menjerit' macam kami. Suruh mereka cerita details.

Read more


monolog: apakah gambar di atas ada kaitan dengan tajuk post saye kali ini?

Ok. Tajuk yang agak menarik tapi sukar untuk ditafsirkan.
Rasa-rasanye, semua orang ada facebook kan? seolah-olah ia merupakan satu trend terkini.
Dulu..friendster..kini facebook..dan..majoriti kite semua dah tak mahu membuka friendster.
Sebab apa?
Kalo dalam bahasa pasarnya, "fenste Bosan". hohoho. Ni paling jujur dah ni.

So, apa yang anda buat bile ber-facebook?

Adakah anda inginkan apa yang anda tengah buat atau apa yang anda tengah fikir diketahui dan dibincangkan oleh semua kawan2 anda?

Adakah anda suka nak mengenakan orang dengan meng-tagged nama kawan2 anda terhadap sesuatu gambar yang aneh lagi pelik?

Atau adakah anda sibuk mencari dan meng-upload gambar2 sekolah yang muka nerd dan seterusnya memulakan operasi 'menjejak kasih'?

Atau adakah anda mempunyai hobi membalas komen2 yang lawak2 pada status kawan2 anda?

Atau adakah anda suka melihat dan mengomen dan menggelakkan gambar yang di upload oleh rakan2 anda?

Atau adakah anda sibuk mencari jodoh atau 'spare-part' melalui facebook?

(banyaknye atau.)

Apa-apa pun yang anda buat, ingat yang ini: Think before you post!
Dan yang ini: Add people that you only know!

Kenapa 'think before you post' and 'add people that you only know'?

Sebab sekali anda publish apa sahaja online, seluruh dunia boleh tahu tau. Especially benda2 yang personal seperti Hp number, alamat rumah dan sebagainye..manelah tahu ada yang ambil kesempatan kan? Kadang2 apa yang anda post tu pun boleh merosakkan hidupmu di kemudian hari.

Hati2 ye kawan-kawan!

p/s: saye kalo ber-facebook, suke bukak gambar2 yang best dan menarik. dan dalam hati saye akan cakap, 'jelesnye tengok camera kamu! cantik betul kamu tangkap!' -reason saya upload gamba yang kat atas tuu..=)

Read more

layout paling simple

Written by Einzafeera 0 comments Posted in:

Hai..!!


Inilah imej blog saye yang terkini. Too simple kan?

Putih.

Bersih.

Actually, saye gemarkan template yang ade 3 columns. Senang. Anda pun tak payah scroll down tapi ini sahajelah buat mase ni..

k.lah..

JUmpe lagi!

Read more

Open your Eyes

Written by Einzafeera 1 comments Posted in:

video

First video untuk blog ini!

Read more

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails