Drag me to Hell

Written by Einzafeera 0 comments Posted in:

Sebuah movie yang buat aku terkejut. Sangat terkejut. Aku terkejut bukan sebab takut tapi sebab sound effect dia yg melampau. Sound effect filem ni memang best sampai aku pun rase macam nak kene heart attact.



SINOPSIS: Filem ni bermula dengan mengisahkan sepasang suami isteri membawa seorang anak lelakinya menemui bomoh wanita (Flor de maria Chahua). Budak lelaki ni mendakwa yang dia ada mendengar suara-suara ghaib (memang bingit telinga aku) dan melihat ade 'benda' yang mengacaunya. Kemudian si bomoh ni pun try nak halau 'benda' ni tapi tak berjaya. Sebab tiba-tiba seolah-olah ade kuasa ghaib yang tolak budak laki ni jatuh dari balcony dan ditarik oleh sepasang tangan dari bawah lantai masuk ke dalam Hell (neraka).

40 tahun kemudian..Christine Brown (Alison Lohman), Loan Officer di sebuah bank teringin nak naik pangkat jadi assistant manager. Untuk itu dia perlu buat kerja dengan bagus. Sebagai loan officer, beliau kene luluskan loan orang atau pun tak. Pada hari yang sama beliau didatangi oleh seorang wanita tua kerepot mintak nak extend kali yang ke-3 bayar loan rumah dia. Tapi Christine ni telah reject permohonan si tua ni. Bukan ape, memang camtu pun polisi bank. Dengan rasa terdesak si tua ni pun melutut dan merayu sambil mencium-cium skirt Christine. Oleh kerana terlalu panik dan geli (sebab air liur si tua ni melekat kat skirt), akhirnya beliau menjerit-jerit memanggil pak guard.

Kesibukan bank tersebut daripada riuh terus jadi sunyi sepi dan semua mata memandang ke arah si tua ini. Apa lagi, si tua ni pun terus naik marah dan tuduh si christine ni telah memalukannya di hadapan public. Akibat terlalu dendam, malam itu juga beliau diserang oleh perempuan tua itu. Adegan Tarik menarik rambut, cekik mencekik leher, tolak menolak, gigit menggigit (sehingga mengeluarkan air liur...erk..geli!) berlaku. Akhirnya si tua ni berjaya mencabut butang baju christine dan menjampinya.

Perempuan tua sedang menjampi butang Christine


Sejak daripada itu dalam tempoh 3 hari beliau telah dikacau oleh seekor makhluk ghaib atau seekor jin yang digelar Lamia. Dalam pada masa yang sama perempuan tua itu telah pun meninggal dunia. Dalam filem ini, Lamia diklasifikasikan sebagai seekor makhluk berupa kambing yang sangat menakutkan. Memang takut tgk rupa dia. Lamia hanya muncul dalam bentuk bayang-bayang. Kehadirannya dirasai apabila angin yang sangat kuat berjaya membuka tingkap rumah yang ditutup rapat dan mengeluarkan bunyi yang menakutkan dan membingitkan.


Roh perempuan tua muncul dalam mimpi dan mengacau christine



Lamia akan terus menerus mengacau Christine tak kira siang atau malam, sendirian atau beramai-ramai dan mahu membawanya ke neraka! Sehinggalah suatu hari christine telah berjumpa dengan tukang tilik untuk mengetahui bagamana cara untuk menghalau makhluk yang menakutkan ini.

Si tukang tilik mengesyorkan supaya berjumpa dengan seorang bomoh wanita yang pakar dalam hal ini. Satu upacara dilakukan bagi memuja Lamia ini. Untuk membunuh Lamia, si bomoh telah membawa kambing sebagai makhluk perantara untuk memasukkan roh Lamia dan membunuhnya. Tetapi upacara ini hanyalah sia-sia, sebaliknya Lamia dapat merasuk dua orang yang terlibat dalam upacara ini. Pada awalnya, Lamia merasuk si bomoh dan christine berjaya memindahkan roh lamia ke dalam kambing tadi. Akan tetapi mereka tidak berjaya membunuh kambing itu sebaliknya merasuki seorang pemuda pula. Dalam keadaan kelam kabut bomoh tersebut menyeru supaya Lamia keluar dari badan pemuda tersebut. Setelah Lamia keluar dari badan manusia, bomoh wanita itu pun mati.



Ketika upacara


Ketika bomoh wanita di rasuk olah Lamia

Pemuda pula dirasuk

Upacara itu hanyalah sia-sia sahaja. Lalu si tukang tilik menyuruh christine menghadiahkan butang yang dijampi itu kepada sesiapa sahaja. Demi mengelakkan diri dari di kacau dan ditarik ke neraka, beliau telah mendapat idea untuk menghadiahkan butangnye kepada perempuan tua kerepot itu. Ketika perjalanan pulang dari rumah bomoh tersebut, butang itu telah terjatuh di atas lantai kereta boyfriendnye. (Butang itu telah diletakkan didalam sampul). Dalam keadaan rushing, christine telah tersalah mengambil sampul tetapi pada waktu itu beliau masih belum menyedarinya lagi.

Pada malam itu juga, tanpa pengetahuan boyfriendnye, christine telah mengorek lubang kubur perempuan tua kerepot tu dan terus menyumbat sampul tersebut kedalam mulut si tua tu. Akhirnya, christine menarik nafas lega.

Dalam kubur

Keesokan harinya, ketika di stesyen keretapi (yang sebelum ini meraka telah berjanji utk bercuti) si boyfriend menunjukkan sampul semalam yang tertinggal di keretanya dan berisi butang didalamnya!

Apa lagi, si christine baru tersedar yang beliau telah tersalah ambil sampul semalam. Dalam keadaan panik, christine telah terjatuh di atas rel keretapi. Tiba-tiba tangan yang menakutkan (tgn Lamia) muncul dari dalam tanah dan berjaya menariknya ke dalam tanah (Hell). Sementara itu si boyfriend hanya dapat menjerit-jerit dari atas menyaksikan girlfriendnya disedut kedalam tanah dalam beberapa saat tanpa dapat menolongya...

BARISAN PELAKON
  • Alison Lohman - Christine Brown

  • Justin Long - Prof. Clayton (Boyfriend Christine)

  • Lorna Raver - Mrs. Sylvia Ganush (perempuan tua kerepot)

  • Dileep Rao - Rham Jas (si tukang tilik)

  • Art Kimbro - suara Lamia

--> Filem ni aku bagi 4 bintang! Syok!! x rugi kalo tengok.

Read more

kreativiti itu satu anugerah

Written by Einzafeera 0 comments Posted in:

Hai. Dulu ketika saya praktikal di Planetarium Negara, kitorang kene handle satu program bersama orang awam. Macam-macam aktiviti kitorang anjurkan. Tapi semuanya untuk kanak-kanak. Kat sini bulkanlah saya nak cerita pasal ape aktivitinya tapi just nak share ade beberapa gambar yang saya kira amat menarik dan cute.




Soalan pertama: cute x?
Actually benda-benda cute ni diperbuat drpd plastisin dari korea. (Tapi saya lupe ape name brandnye) Plastisin ni x meleket tau. Seswai dihadiahkan kat adik-adik korang. Bila kita dah menguli dan mengadun menjadi gajah, monyet dan sebagainya, monyet dan gajah ni akan menjadi keras dengan sendirinya. Hebat x?

Sebenarnya saya nak beli tapi harganye amatlah mahal. Dulu saya praktikal bukan dapat elaun pun. Tapi kalau saya beli belum tentu saya pandai menguli menjadi cute. Maybe hanya menjadi seketul batu sahaja. Tak pun menjadi binatang yang sukar dikenali identitinya.

Saya memang kagum gile dengan orang yang tukang uli jadi benda-benda kiut tu...

Read more

Ayat-ayat cinta

Written by Einzafeera 2 comments Posted in:

Sebuah novel yang first time kite tgk mmg mcm novel jiwang. Mule2 dulu sebelum saya bace mmg saya langsung x minat sbb saya ni bukanlah kaki novel. Tengok tajuk pun rase cam novel ni mengisahkan pasal org bercinta. Tapi ade sorang kakak ni perkenalkan novel ni kat saya. Dia cakap novel ni lain drpd yg lain. Tapi waktu tu saya memang xde mase langsung nak layan novel. Yela dulu time sekolah saya memang amik mase b'bulan-bulan nak complete satu novel. Inikan pulak time saya busy sekarang. Kebetulan waktu tu filem ayat-ayat cinta tengah hangat. So, baik tgk movie kan drpd bace novel.


Lepas tgk movie, saya rase cerita ni boleh tahan. Tapi dalam movie diorang tak cakap detail. Especially bab2 islam. So, last2 saya amik keputusan utk terus melekat dgn novelnye. Untuk menjimatkan kos, saya pun just download novel ni kat 4shared.com. (versi indon) haha saje nak try bace dari penulisnya sendiri.

Bile bace contentnye mmg lain gile dari filem. Hmm..maybe filem tu nak cut mase kot. Dalam novel ni jugak penulis (Habiburrahman El-Shirazi) siap letak dalil2 and hukum hakam lagi. Tu yang saya rase kagum dan syok nak bace. Lagi pulak novel ni pandai memasukkan element2 dan suasana di mesir. Bile dah habis bace saya pun terasa cam nak beli pulak novel ni. Maklumlah haritu bace versi indon. Manelah nak paham semuanya. Perkataan2 pun pelik benar bunyinye.

Baru-baru ni saya dan member singgah kedai buku Border di Queensbay. Terjumpalah novel ni di satu rak bahagian 'Malay'. tinggal satu je lagi.Tapi novel ni cam dah kembang (byk tangan dah bace da..). Huh takkan nk beli kot. Hmm..agak frust sebab x byk mase leh kuar cari lagi. Harap2 dapat jumpe kat MPH. huh~

Kepada yg sesape yang nak bace baik bace sekarang. x rugi. Byk mesej and menginsafkan..

Read more

i'm just starting my new blog

Written by Einzafeera 0 comments Posted in:

hmmm...x tau lagi content ape yg perlu dimuatkan dlm blog ni. tggu je la ilham ape yg bakal dtg nnti. babai!

Read more

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails