Sebuah movie yang buat aku terkejut. Sangat terkejut. Aku terkejut bukan sebab takut tapi sebab sound effect dia yg melampau. Sound effect filem ni memang best sampai aku pun rase macam nak kene heart attact.
SINOPSIS: Filem ni bermula dengan mengisahkan sepasang suami isteri membawa seorang anak lelakinya menemui bomoh wanita (Flor de maria Chahua). Budak lelaki ni mendakwa yang dia ada mendengar suara-suara ghaib (memang bingit telinga aku) dan melihat ade 'benda' yang mengacaunya. Kemudian si bomoh ni pun try nak halau 'benda' ni tapi tak berjaya. Sebab tiba-tiba seolah-olah ade kuasa ghaib yang tolak budak laki ni jatuh dari balcony dan ditarik oleh sepasang tangan dari bawah lantai masuk ke dalam Hell (neraka).
40 tahun kemudian..Christine Brown (Alison Lohman), Loan Officer di sebuah bank teringin nak naik pangkat jadi assistant manager. Untuk itu dia perlu buat kerja dengan bagus. Sebagai loan officer, beliau kene luluskan loan orang atau pun tak. Pada hari yang sama beliau didatangi oleh seorang wanita tua kerepot mintak nak extend kali yang ke-3 bayar loan rumah dia. Tapi Christine ni telah reject permohonan si tua ni. Bukan ape, memang camtu pun polisi bank. Dengan rasa terdesak si tua ni pun melutut dan merayu sambil mencium-cium skirt Christine. Oleh kerana terlalu panik dan geli (sebab air liur si tua ni melekat kat skirt), akhirnya beliau menjerit-jerit memanggil pak guard.
Kesibukan bank tersebut daripada riuh terus jadi sunyi sepi dan semua mata memandang ke arah si tua ini. Apa lagi, si tua ni pun terus naik marah dan tuduh si christine ni telah memalukannya di hadapan public. Akibat terlalu dendam, malam itu juga beliau diserang oleh perempuan tua itu. Adegan Tarik menarik rambut, cekik mencekik leher, tolak menolak, gigit menggigit (sehingga mengeluarkan air liur...erk..geli!) berlaku. Akhirnya si tua ni berjaya mencabut butang baju christine dan menjampinya.
Perempuan tua sedang menjampi butang Christine
Sejak daripada itu dalam tempoh 3 hari beliau telah dikacau oleh seekor makhluk ghaib atau seekor jin yang digelar Lamia. Dalam pada masa yang sama perempuan tua itu telah pun meninggal dunia. Dalam filem ini, Lamia diklasifikasikan sebagai seekor makhluk berupa kambing yang sangat menakutkan. Memang takut tgk rupa dia. Lamia hanya muncul dalam bentuk bayang-bayang. Kehadirannya dirasai apabila angin yang sangat kuat berjaya membuka tingkap rumah yang ditutup rapat dan mengeluarkan bunyi yang menakutkan dan membingitkan.
Roh perempuan tua muncul dalam mimpi dan mengacau christine
Lamia akan terus menerus mengacau Christine tak kira siang atau malam, sendirian atau beramai-ramai dan mahu membawanya ke neraka! Sehinggalah suatu hari christine telah berjumpa dengan tukang tilik untuk mengetahui bagamana cara untuk menghalau makhluk yang menakutkan ini.
Si tukang tilik mengesyorkan supaya berjumpa dengan seorang bomoh wanita yang pakar dalam hal ini. Satu upacara dilakukan bagi memuja Lamia ini. Untuk membunuh Lamia, si bomoh telah membawa kambing sebagai makhluk perantara untuk memasukkan roh Lamia dan membunuhnya. Tetapi upacara ini hanyalah sia-sia, sebaliknya Lamia dapat merasuk dua orang yang terlibat dalam upacara ini. Pada awalnya, Lamia merasuk si bomoh dan christine berjaya memindahkan roh lamia ke dalam kambing tadi. Akan tetapi mereka tidak berjaya membunuh kambing itu sebaliknya merasuki seorang pemuda pula. Dalam keadaan kelam kabut bomoh tersebut menyeru supaya Lamia keluar dari badan pemuda tersebut. Setelah Lamia keluar dari badan manusia, bomoh wanita itu pun mati.
Ketika upacara
Ketika bomoh wanita di rasuk olah Lamia
Pemuda pula dirasuk
Upacara itu hanyalah sia-sia sahaja. Lalu si tukang tilik menyuruh christine menghadiahkan butang yang dijampi itu kepada sesiapa sahaja. Demi mengelakkan diri dari di kacau dan ditarik ke neraka, beliau telah mendapat idea untuk menghadiahkan butangnye kepada perempuan tua kerepot itu. Ketika perjalanan pulang dari rumah bomoh tersebut, butang itu telah terjatuh di atas lantai kereta boyfriendnye. (Butang itu telah diletakkan didalam sampul). Dalam keadaan rushing, christine telah tersalah mengambil sampul tetapi pada waktu itu beliau masih belum menyedarinya lagi.
Pada malam itu juga, tanpa pengetahuan boyfriendnye, christine telah mengorek lubang kubur perempuan tua kerepot tu dan terus menyumbat sampul tersebut kedalam mulut si tua tu. Akhirnya, christine menarik nafas lega.
Dalam kubur
Keesokan harinya, ketika di stesyen keretapi (yang sebelum ini meraka telah berjanji utk bercuti) si boyfriend menunjukkan sampul semalam yang tertinggal di keretanya dan berisi butang didalamnya!
Apa lagi, si christine baru tersedar yang beliau telah tersalah ambil sampul semalam. Dalam keadaan panik, christine telah terjatuh di atas rel keretapi. Tiba-tiba tangan yang menakutkan (tgn Lamia) muncul dari dalam tanah dan berjaya menariknya ke dalam tanah (Hell). Sementara itu si boyfriend hanya dapat menjerit-jerit dari atas menyaksikan girlfriendnya disedut kedalam tanah dalam beberapa saat tanpa dapat menolongya...
BARISAN PELAKON
Alison Lohman - Christine Brown
Justin Long - Prof. Clayton (Boyfriend Christine)
Lorna Raver - Mrs. Sylvia Ganush (perempuan tua kerepot)
Dileep Rao - Rham Jas (si tukang tilik)
Art Kimbro - suara Lamia
--> Filem ni aku bagi 4 bintang! Syok!! x rugi kalo tengok.
0 comments:
Post a Comment