Mahu jadi suri rumah sahaja

Written by Einzafeera 8 comments Posted in:


Tiba-tiba macam nak update blog jap selepas penat memerah otak untuk kerja-kerja saya ni..


Petang tadi saya jalan-jalan kt blog saifulislam.com. Baca punye baca jumpe satu tajuk artikel yang macam best. Anakku Mahu Kahwin! (Sekali tengok tajuk, pasti hati tertarik nak baca kan?)

Anak-anak ustaz ni memang bijak-bijak dan matang. Bayangkan, baru berumur 6 tahun boleh terfikir nak kawin dengan siapa. Nak-nak pulak dia jadikan Abi dan Umminya sebagai role model.

Wow.

Kagum betul saya melihat beliau mendidik anak-anaknya. Seorang yang teramat busy kesana kemari dengan komitmen kerja dan mempunyai seorang isteri yang bertugas sebagai doktor tetapi didikan kepada anak-anak tidak sesekali ditinggalkan.

Saya begitu kagum dengan mereka.

Tiba-tiba saya merenung ke luar jendela and start thinking about my future...

"Nazwa, let's say yg kite nanti kerja dari 9 to 5. then time dah sampai rumah anak2 kite dah nak masuk tidur dah pun. Dahtu bile kite nak spend mase ngn diorang?"

"Yup. Time tu kite dah penat. Nak masak lagi..rumah lagi.." beliau tambah apa-apa yang patut.

"Camtu weekend jela nak luangkan masa betul2.." saya bagi solution yang tak berapa best.

"Sebab tula aku bercita-cita nak jadi suri rumah full time. Nak tengok anak2 tu 24 hours." beliau begitu excited dengan kerjaya suri rumah tu.

"Dahtu tu napa ada planning nak sambung phd?" hairan saya dengan cita-cita beliau.

Last-last kami hanya gelak-gelak tanpa jumpa jawapan yang pasti.


p/s: tiba-tiba terfikir pasal future..

Read more

Secebis Lukisan saya

Written by Einzafeera 5 comments Posted in: ,

Suatu ketika dahulu, saya begitu terpengaruh dengan kartun-kartun islamic yang dilukis oleh orang-orang berseni di bumi anbiya' sana.

Komik Al-fityan. Sebuah wacana dakwah islami yang disampaikan dalam bentuk yang lebih kretif.

Kebetulan dua orang dari pelukis Al-fityan meng-add saya di facebook. Maka saya pun meng-klik-klik lah lukisan-lukisan mereka yang dipamerkan di dalam blog.

"Eh macam simple pulak lukisan ni. Why not aku try", getus hati kecil saya.

Oleh kerana memang dilahirkan tidak berbakat dalam dunia lukisan dan kekurangan daya imaginasi (sebab tu failed paper mechanics), maka saya sekadar meniru lukisan-lukisan mereka yang tertera di screen laptop saya.

Habuk pemadam tu toksah nak dok cakaplah. Kesian betul pemadam rumet saya. Habis botak dikerjakan saya. (Hampir 2 tahun kehidupan tidak berpemadam dan berpencil case)

[susah jugak nak kasi lukisan tu nampak cute]


[saya tengah konpius nak buat mana satu dulu. Ni kira sy pakai contact lens la kunun2 padahal allergic]

Oh ya, kalau anda berminat nak lihat-lihat lukisan mereka dan dapatkan mesej2 dakwah untuk kebaikan bersama, silalah klik sini ya. Link-link krew al-fityan pun ada kat situ. Selamat 'jalan-jalan' di blog mereka ya!



Read more

Nak bahagia tak?

Written by Einzafeera 0 comments Posted in: ,


Banyak idea sebenarnya nak update entri tapi writing skills dah kian merosot. Gara-gara kurang membaca punya pasal la ni...

Tadi saya selak-selak helaian demi helaian sebuah buku. Tiba-tiba bibirku mengukir sebuah senyuman dek tertawan dengan sebuah mutiara kata.

"Orang yang bahagia itu selalu menyediakan waktu untuk membaca, kerana membaca itu sumber hikmah,

menyediakan waktu untuk tertawa, kerana tertawa itu muziknya jiwa,

menyediakan waktu untuk berfikir, kerana berfikir itu pokok kemajuan,

menyediakan waktu untuk beramal, kerana beramal itu pangkal kejayaan,

menyediakan waktu untuk bermain (bersenda), kerana bermain itu akan membuat muda selalu,

dan

menyediakan waktu untuk beribadat, kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa"



sumber: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, Membina Hati Bahagia (Karya Bistari, 2009)



p/s: CINTA adalah motivasi terbaik bagi manusia.

Read more

Everything's gonna be okay

Written by Einzafeera 2 comments Posted in:

Lagu kegemaran buat masa ni..cam best pulak layan lagu ni..


Ketika mimpimu yg begitu indah,
tak pernah terwujud.. ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu,
dan tak pernah sampai.. ya sudahlah (hhmm)

Apapun yg terjadi,,
ku kan slalu ada untukmu..
Janganlah kau bersedih..
coz everything's gonna be OKAY


yo.. Satu dari sekian kemungkinan
kau jatuh tanpa ada harapan
saat itu raga kupersembahkan
bersama jiwa, cita, cinta dan harapan

Kita sambung satu persatu sebab akibat
tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
menuntun ke arah mata angin bahagia
kau dan aku tahu, jalan selalu ada


juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
bagai deras ombak yang menabrak karang
namun ku tahu.. ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
hadapi ini bersamaku hingga ajal datang


Sempat kau berharap keramahan cinta,
tak pernah kau dapat.. ya sudahlah
yeeah.. dengar ku bernyanyi.. lalalalalala..
heyyeye yaya dedudedadedudedudidam..
semua ini belum berakhir


satukan langkah.. langkah yg beriring!
genggam hati, rangkul emosi!


Genggamlah hatiku, satukan langkah kita


Sama rasa, tanpa pamrih
ini cinta.. across da sea
peluklah diriku.. terbanglah bersamaku, melayang jauh.. (come fly with me, baby)


Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
sosok ini yg menerima kelemahan hati
yea..aku cinta kau.. (ini cinta kita)
cukup satu waktu yes.. (untuk satu cinta)

satu cinta ini akan tuntun jalanku
rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
rebahkan rasamu.. untuk yg ditunggu
BAHAGIA.. HINGGA UJUNG WAKTU..

Read more

Menjawab soalan kanak2

Written by Einzafeera 4 comments Posted in: ,

Bismillahirrahmanirrahim..

Harini saya berada di kampung halaman tercinta. Serendah. Tak tau kenapa penduduk zaman dahulu menamakan kawasan ni serendah. Nak cakap rendah, x pernah pulak rumah saya banjir. Entah.

Lepak-lepak dengan family memang best. Tambah2 sekarang ni cuti sekolah. Tapi rumah saya ni sunyi sepi la pulak.. Susah nak lengkap semua beradik..bile raya baru complete.

Sedang saya berbual rancak dengan ummi saya, si bongsu, izyan mencelah..

"umi, anak luar nikah tu ape?"

ok..kami terkedu..telinga kuali betul budak kecik darjah 3 ni..saya dan ummi baru sahaja memperdebatkan tentang nasib anak luar nikah di malaysia. Memang sadis bile dengar mereka tak boleh buat pinjamam PTPTN. IC pun color lain. Takde bin/binti. Oh malu betul kalau orang tahu mereka anak luar nikah. Namun apakan daya, ibubapa punya kerja, anak tanggung semua.

"umi, jawablah soalan izyan tu.." akhirnya saya bersuara sambil sengih-sengih kambing.

"Hmm..budak kecik ni xkan faham la zafirah..." ummi pun senyum kambing sambil kenyit2 mata.

Oh adikku. Bijak betul kamu ya..mencelah orang2 tua berborak. Akak pun x tau macam mane nak explain kat izyan.

Perbualan saya dan ummi diteruskan..

tiba-tiba..

izyan: abang ipar? abang ipar tu ape?
saya: izyan rase?
izyan: erm abang tiri..
saya: abang tiri tu ape?
izyan: abang yang jahat...

HAHAHA. moga izyan tak dapat abang ipar yang jahat yea..

saya nak kongsi satu pesanan imam Al-Ghazali

"Jika kita ingin anak kita menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berikanlah ia makanan daripada rezeki yang halal sejak ia lahir. Makanan yang halal selain menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan mental mereka pintar dan cerdas. Sebaliknya anak akan menjadi derhaka terhadap kita jika ia diberikan makanan yang haram dan kotor."

Read more

setitis air mata

Written by Einzafeera 8 comments Posted in:

Bismillahirrahmanirrahim.


Blog ni tempat luahan kan? Boleh tak kalau saya nak meluahkan sesuatu? Kalau saya meluahkan rasa tak puas hati apa pula kamu fikir kan?

Entahlah...macam ada yang tidak kena sahaja..kenapa ya?

Puas saya fikir..banyak jawapan yang saya senaraikan..semuanya betul pulak tu.

Dahtu? Apa yang tak kenanya??

Saya rasa saya tak memusuhi sesiapa pun. Tapi kenapa gelombang negatif tu selalu datang? kenapa hari-hari menggangguku...apakah? Apakah? APAKAH?

Entahlah..

Penat.

Letih.

Tak mampu untuk berfikir positif lagi dah.

Perlu ke saya turut sama diheret masuk ke dalam 'mimpi' itu??

Saya dah penat. minda jammed. Hanya bisa membatukan diri...

Entah..

Sampai bila mahu menepis?

Entah...

Semoga benda-benda 'remeh' ni tak mengganggu kerja2 research dan tesis saya.

Read more

Selesai

Written by Einzafeera 6 comments Posted in: ,

Salam ceria..

Entri kosong sekadar bebelan petang.

Alhamdulillah saya baru saja selesai menyudahkan satu kerja. Tempoh yang diberikan pun seminggu sahaja. Walaupun terkejar-kejar dengan dateline, namun akhirnya siap juga.

Sebenarnya saya di offer membuat soalan bahasa melayu UPSR untuk sistem e-learning Score A. Bunyi senang tapi sebenarnya agak rumit sebab BM bukan bidang saya. Dah lama tinggal. Kalau mereka bagi Mate atau Sains mungkin laju sikit saya siapkan. Nak-nak pulak bukan boleh main hentam create soalan. Kene ikut skema dan tajuk yang telah ditetapkan.

Ribuan terima kasih kepada kawan2 yang sudi bantu saya dalam menjana idea2 best, betulkan tatabahasa, dan tolong buat soalan. Thanks korang! Jasa korang x kan ku lupakan.

Paling terharu dengan bantuan adik 2nd saya, Muizzuddeen a.k.a Udin. Thanks sebab tolong lukis kartun Si Tanggang, kartun Rusa yang tersepit kakinya dan banyak lagi la..dahla kartun tu tertinggal kat rumah, dan udin terpaksa patah balik dari petaling jaya ke serendah selepas habis kerja pakai moto lak tu. ishk3 kesian betul..tapi xpe, awak laki. haha. kalau kat rumah tu ada scanner tak payah susah2 patah2 balik. Nantila saya beli satu untuk rumah.

(antara gambar yg dilukis udin)

Erm, orang cakap rezeki jangan ditolak. time saya dapat offer buat soalan ni, sy diberitahu satu page=RM20. Maksimum 16 pages. Tapi kadang2 consultant yg judge soalan tu boleh je reject kite punye content kalau x menepati standard budak darjah 6.

Tapi saya saje je bagi soalan konfius2 kasi budak2 yang guna score A tu perah otak sket. sebab dulu saya pernah ngaja tusyen. Bile tengok budak2 tu laju semacam je jawab soalan yang saya dah penat-penat buat, saya rasa tercabar. hehe. Kebetulan kanak2 yang guna score A tu anak2 orang berduit dan cerdik2...so, buat apa parents bayar mahal2 untuk soalan yang kacang kan? tu teori saya sajelah...kalau salah tolong tegur ye..

Oklah.

Daaaa....

Read more

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails