Pernah ke tengok seseorang tu seumur hidup dia, tak pernah dia marah?
Ade? Ade ke?
Saye percaya jarang jumpa kan?
Tapi setiap orang tu cara marahnya berbeza-beza. Ada yang membebel-bebel, ada yang menghentak-hentak, ada yang mencampak-campak, ada yang mencarut-carut, ada yang belasah membelasah, ada yang hanya diam tapi dalam hati penuh dengan hasad dengki.
Mungkin kita akan rasa puas hati dengan marah-marah. Tak berserabut kepala katanya..
Tetapi ketahuilah kamu, kemarahan kamu itu telah menyebabkan kelukaan yang mendalam. Baik kepada kamu yang suka marah-marah atau manusia yang kene marah.
Sebab itu islam menganjurkan bermaafan. Sebab dengan bermaafan, hati manusia itu akan bahagia.
"Bukan mudah..takkanlah dia dah buat salah, kite kene terus maafkan dia kot?"
Betul..bukan mudah. Kita merasakan kita sudah kalah. Kita merasa diri kita dipijak. Kita rasa dialah perlu merana atas kesalahan dia.
Tetapi sedarkah kamu, tembok yang menghalang kamu untuk memaafkan itu adalah EGO?
Semakin tinggi EGO kamu, semakin resah gelisah hati kamu. Bukankah kamu juga inginkan ketenangan? Sampai bila kamu mahu gelisah?
Maka, untuk mengecapi ketenangan, kite perlu berkorban. Korbankan keEGOan kamu itu.
Kita percaya bahawa Allah akan memberikan kita sesuatu yang lebih baik apabila kita memaafkan sesiapa yang menganiaya kita.
"...dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Surah An-Nuur ayat 22.
Besar sungguh ganjarannya..hanya dengan memaafkan, kita mendapat keampunan Allah.
Alangkah tenangnya hati apabila kita sentiasa memaafkan dan tidak pula berdendam.
"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini." Surah Al-Furqaan ayat 63.
Bila kita memaafkan seseorang yang menganiayai kita, apakah kita menghalalkan tindakan menganiayai kita?
Tidak. Perbuatan salah itu tetap salah.
Adakah memaafkan itu bermaksud tidak menegur?
Tidak. kita tetap menegur.
Apakah memaafkan ini bermaksud kita tidak boleh marah?
Tidak. Kita boleh marah.
Cuma bezanya, cara teguran kita itu. Cara kemarahan kita itu. Orang yang memaafkan itu lebih bersih tegurannya dan tidak disalut emosi yang melampau. Marah yang sebenarnya bagaimana pula? Semestinya kita marah mengikut neraca Allah SWT. Tidak perlulah sehingga mengguris hatinya dan sekaligus meninggalkan luka yang paling dalam.
Namun, semua pilihan terletak di tangan kita.
Memaafkan atau tidak memaafkan.
Olahan semula: Saye.
p/s: Peringatan untuk diri saya juga. ^_^
6 comments:
bagus2... azza...wat ar lagi...suker ar baca... release tension...thanks
3/22/10, 11:07 AMtenkiu kak yantie..=)
3/22/10, 12:49 PMuihs..aku marah ni..!! marah!! tp lps baca ni trus xjadi plak :)
3/23/10, 11:40 AMmemaafkan suatu sikap yg tinggi nilainya..tp byk org yg xsedar akan itu.
tapi kadang2 ada org ambil kesempatan atas org yg gtu,mentang2 nmpk cam xpandai marah..macam2 dibuat atas org gtu.
tidakkah itu menampakkan org gtu lemah? bukankah Islam mnyuruh umatnya jadi strong? amacam?
phy, soklan ko aku x berape nk reti jwbla. hihi.
3/23/10, 2:27 PMni sekadar bg pendapat jela. org yg kene marah tu seharusnya bersabar. Sebenarnya dia bukan nampak lemah. Hanya org yg x paham sahaje nampak diri dia lemah. Kadang2 kita t'pakse b'diam diri demi menjaga perhubungan sesama manusia. Bukankan itu lebih mulia?
isu strong ye? dia perlu motivate diri dia sendiri supaye lebih gagah dan cuba sedaya upaya untuk tidak menampakkan diri dia lemah. sbb bila kite m'perlihatkan diri kita lemah, manusia lain akn mudah memijak kepala kita.lagi satu, berdoalah supaya diberi kekuatan..
p/s: sy kurang ilmu. kalau salah tlg tunjukkan. =)
Azza: :") tahniah atas olahan y menarik...den y buhsan ni pon bolh tersenyum bila membaca....keep up da good work fren...*love*
3/25/10, 1:27 AMminta izin daripada semua utk saya bagi pendapat skit utk tajuk ni...? :) (harap diizinkan...)
hmm...marah...:) antara kisah y paling terkenal, berkenaan Rasulullah kita yg masih menyanggupi utk menyuapkan makanan ke mulut seorang yahudi tua yg terlantar sakit...walhal, sebelum itu, si tua itu membaling kotoran di sepanjang laluan Baginda...adakah Baginda marah...??:)dgn izin-Nya,si tua itu memeluk Islam berkat akhlak Baginda yg agung...Subhanallah...:)
org biasa spt kita bolh menjawab: Baginda bolh la...seorg Nabi...kita ni manusia biasa...hmm...bukankah Baginda merupakan contoh terbaek yg perlu kita ikuti? maka, ayuhlah kita berusaha ke arah itu...org melayu kata: sikit2 lama2 jadi bukit...:)
"seseorang yg kuat adalah seseorg yg berjaya menahan kemarahannya..." saya tak pasti itu daripada hadis atau petikan daripada para sahabat...maaf...tp, itulah hakikatnya...:)kerana apa?kerana, org yg menahan kemarahan, pasti dapat bertindak lebih rasional dan bijak...beleive it or not...?:)
itu sahaja setakat ini...maaf andai tersalah kata...semoga kita sama2 mendapat kebaikan daripada-Nya...
thanx miss a. best best! i like it. ^_^
3/25/10, 1:36 AMPost a Comment