Tersentuh Naluri Keibuan

Written by Einzafeera 5 comments Posted in:

Assalamualaikum pembaca2 ku..

Entri kali ni, saya memohon izin untuk menggunakan ganti diri 'aku'. Sebab, kisah dibawah merupakan sebuah kisah tentang pengalaman..

Kejadian berlaku pada 13 Mac 2009,

Al-kisah...dot dot dot

...dot dot dot...dipendekkan cerita, aku bersama-sama dengan 3 lagi sahabat (deel, amal and nabh) telah bersetuju untuk menziarahi sahabat sepersekolah kami yang baru sahaja selamat melahirkan zuriat beliau yang pertama.

Idea nak melawat tu mula2 muncul di saat aku click-click page sahabatku itu. Tiba2 mataku tertarik dengan gamba si comel itu.

Amna Syahira

Komen punye komen..



yaa..jelaslah aku yang mengesyorkan idea menziarah kan?

Ai takkan nak ziarah baby dengan lenggang kangkung je kan? So, berpakat-pakatlah kitorang untuk membeli 'ole-ole' buat si comel tu..

Disaat kaki kitorang melangkah ke babies department, hatiku betul2 tersentuh melihat baju2 yang kecik2 tu..alahai comelnye!!! Macam2 design, macam2 kaler. wahhhh comel comel comel!!

Bukan aku cakap dalam hati tau, tapi kitorang semua jerit2 tanda excited melihat dan mengibas-ngibas baju yang kecik2 tu..

(jerit2 dengan penuh sopan ok. jangan salah faham.)

Setelah setel urusan memilih baju comel, lalu kitorang pun terus bergerak menuju ke destina dimana Amna berada.

...dot dot dot...dipendekkan cerita,


pemilik camera: Taro

Setelah menimang-nimang, mengkiss-kiss, mendukung-dukung dari tangan ke tangan, tiba2 satu soalan cepumas keluar.

wahai ummi Amna, apakah rasanya bersalin?

Oyeah..mestilah kene tanye pengalaman sahabat sendiri kan...

(bermulalah kisah dari A ke Z...)

Setiap kali ade part2 yang "mengilukan", kitorang sekali lagi malah berkali-kali menjerit. Menjerit sampai daripada duduk, boleh pulak terbaring akibat mendengar pengalaman sahabat ku itu..Kesakitan..Kesakitan yang tidak dapat diluahkan..hanya kaum ibu2 je tahu ape rasanye..

sampaikan cik amal bersuara; kalau anak kita da besar tapi derhaka, patut 'disepak' je..

Apabila cerita part bersalin tu dah sampai ke Z, kepala kitorang semua tiba2 pening. haha.

(naluri keibuan sedikit goyah..)

Dan, bila kitorang pulang ke rumah nabh, ibu nabh pulak menambah cerita tentang pengalaman bersalin beliau. Ape lagi...semakin kuat la jeritan kitorang. haha

(naluri keibuan dah takmau keluar2..)


  • setiap wanita pasti merasa saat2 kesakitan itu suatu hari nanti.
  • Kaum lelaki, hargailah isteri kamu nanti yea..
  • sayangilah ibu kamu yang dah bersusah payah bermati-matian melahirkan kamu.
  • Kamu semua boleh try tanye ibu anda tentang pengalaman mereka. konfem kamu 'menjerit' macam kami. Suruh mereka cerita details.

5 comments:

  1. Ms. TaroAthirah

    haha. lawak.


    bila ko nak kawen aza. bagi semangat keibuan naik sikit :p

    3/16/10, 11:20 PM
  2. Nooreena

    Salam Azza.

    'Seriau' kan dengar pengalaman para ibu. Huhu. Tapi entah kenapa kita sangat excited untuk jadi ibu! Hihi. Setiap wanita pasti ada naluri keibuan. :)

    Azza bila lagi? ;)

    3/17/10, 7:54 AM
  3. yantie

    so, mst azza tgh pk "hmmm..., biler lah aku nk jd ibu ni???"heheeehe.. pe lagi azza...

    3/17/10, 10:57 AM
  4. Einzafeera

    alahai...haha. bile? ermmm..entah. haha

    3/17/10, 12:10 PM
  5. Anonymous

    hahahahahahaha......;p ak lambat baca entri nih... hmmm...walaupun lmbat, tp "kesakitan", "keseriauan" dan "ketakutan" masih terngiang2 n terdengar2 ni....huhuhuhu...

    ~~semoga Allah permudah urusan kita semua kelak dlm melahir dan mendidik...ameen....:")

    3/25/10, 1:38 AM

Post a Comment

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails