Definisi Wanita

Written by Einzafeera 6 comments Posted in: ,

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membaca entri saya.

Kali ini saya tidak mahu menaip panjang-panjang. Ini pun curik-curik masa sebelum masuk tidur.


Nah. Sila amati quote dibawah.


"Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya"


Kali pertama saya terbaca quote ini, hati saya terus terpaut padanya. Macam cinta pandang pertama pulak kan?


Gambar adik saya ketika mandi-mandi di swimming pool. Eh ada kaitan tak dengan tajuk entri kali ni ke? Eh biar ajelah.


Jadi apa pandangan kamu ketika melihat seorang wanita. Jatuh cinta pandang pertama jugakah?

Pasti permulaannya dengan Nafsu kemudian disusuli dengan Akal dan akhir sekali dengan Hati. kan? Disaat kamu melibatkan hati dalam memandang seorang wanita, ketika itu baru kamu sedar yang hati kamu sudah terpaut padanya! Adakah bermaksud kamu sudah jatuh cinta? HAHA. Kan saya sudah merepek..


p/s: Nanti saya nak buat survey, apa yang wanita pandang terhadap insan bernama Lelaki.

6 comments:

  1. Madil

    hahahahaha..... best nya entri ni

    5/4/10, 5:08 AM
  2. Einzafeera

    terima kasih En. Madil...

    5/4/10, 11:57 AM
  3. Anonymous

    Salam,

    Menarik juga olahan drpd pemilik blog ini. dapat difahami maksud tersiratnya.

    Nabi S.A.W pernah bersabda yang mafhum seperti ini: " Wanita ini diciptakan dari tulang rusuk kiri dari lelaki yang tertusuk keatas, apabila tulang ini dilentur dengan kuat berkemungkinan tulang akan patah,ianya perlu dijaga dengan rapi agar tulang tidak mudah patah...." lebih krang maksudnya camtu...

    jadi hormatilah kaum hawa sebagai pembantu sayap kiri perjuanga kaum adam...

    5/5/10, 11:58 AM
  4. Einzafeera

    Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu. hamba ini kurang ilmu dari sudut itu jadi hamba teramatlah mengalu-alukan komentar dari bab2 agama ini. (^_^)

    5/5/10, 1:52 PM
  5. Anonymous

    salam..wanita oh wanita..begitu kompleks...wanita sebagai bukti perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan Islam..bila mana Rasulullah pulangdari gua Hira' dalam keadaan takut dan teruja, yang menjadi penenang adalah Saidatina Khadijah iaitu isteri Rasulullah sendiri..banyak bukti dalam susur galur perjuangan tokoh-tokoh Islam dalam menyebarkan Islam, wanita adalah sebagai nadi penggerak..

    Dan tidak kurang jugak wanita sebagai medium untuk mencari maklumat sertamenggagalkan perancangan dalam strategi peperangan. Sejarah membuktikan tentera dari Qi Mao, tewas dalam sekelip mata gara-gara terlalu mahsyuk melayan wanita yang datang sebagai tamu padahal wanita itu adalah isteri kepada lawannya..

    keismpulan, wanita terlalu banyak fungsi dalam mennggerakkan suatu perjuangan, kalau tidak secara langsung, secara tidak langsung..jadi, wanita adalah anugerah dari Allah untuk para lelaki supaya ada pendamping yang setia...

    Wallahu a'lam...

    5/12/10, 5:50 AM
  6. Anonymous

    wanita adalah kompleks untuk difahami..

    5/12/10, 5:52 AM

Post a Comment

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails