Apa yang wanita mahukan [Part 1]

Written by Einzafeera 7 comments Posted in:

Salam ceria semua..

Terima kasih kerana masih setia membaca walau entri kejap timbul kejap tenggelam.


'Apa yang wanita mahukan dari seorang lelaki' atau 'apa yang wanita pandang terhadap seorang lelaki'.

Ohh tajuk yang telah di suggest oleh rakan di Lab. Complicated nak explain tajuk ni ok.

Adakah wanita memandang rupa paras? Atau wang ringgit? Gagah perkasa? Kasih sayang? Atau cukup dengan hanya budi bahasa?

Sebenarnya lain orang lain citarasanya. Bergantung kepada individu itu sendiri. Kene tengok jugak background wanita tu macam mana. Wanita itu pulak duduk dalam environment macam mana. Semua faktor-faktor inilah yang mempengaruhi ciri-ciri idaman mereka.

Tapi wanita tetap wanita. Asas sama. Apa yang mereka mahukan lebih kurang serupa.

Wanita itu lebih cenderung dibimbing. Bukan membimbing. Terutama bab agama. Sebab itulah kebanyakan wanita akan memilih lelaki yang bisa membimbing mereka. Saya pernah bertanya kat kawan saya, "kenapa kau x terima je mamat tu? Bersungguh aku tengok dia". Kawan saya jawab, "aku bukan memilih za..tapi satu hari aku ternampak dia ponteng puasa. Takkan orang macam tu kot untuk aku pilih jadi suami? Sape nak bimbing aku dengan anak-anak aku nanti?". Begitula cerita part2 membimbing ni..tengok betapa kaum hawa ingin dibimbing!

TAPI..

Cara nak membimbing pun ada tekniknya..Setengah wanita suka cara lembut atau indirect dan setengah wanita suka secara direct atau straight to the point. Tapi berdasarkan pemerhatian saya terhadap kawan-kawan sekeliling, mereka lebih tidak suka cara yang terlalu direct. Percayalah, semakin direct, semakin degil jadinya. haha.

Lagi?

Wanita cenderung meluahkan masalahnya kepada lelaki. Itu fitrah semulajadi. Bukan sebab dia tidak ada kawan-kawan perempuan yang boleh dengar masalah mereka. Sebenarnya kawan-kawan dia dah dengar dah, tapi si wanita ni nak jugak meluahkan kat insan bernama lelaki. So, kamu yang lelaki wajib jadi pendengar setia. Tak payah susah2 memerah idea nak bagi solution sebab wanita tu meluahkan masalah sekadar untuk melegakan hati sendiri sahaja. Cukuplah sekadar memberi moral support untuk menaikkan kembali semangat mereka. Tapi kalau orang tu betul2 nak dinasihati, jangalah pulak kamu yang lelaki ni tiba2 jadi pendengar setia pulak..

Senang kan golongan hawa ni? Simple tapi complicated nak faham.

[Bakal bersambung...banyak lagi info2 yang best. tunggu....]

7 comments:

  1. ABDUL AZIZ

    cepat-cepat tulis lg, x sabar nak comment haha

    5/30/10, 2:32 PM
  2. Nooreena

    Kembar saya banyak pengalaman ni. Cepat share! :D

    PS: Dalam hati ada taman eh? Hehehe

    5/30/10, 4:09 PM
  3. Einzafeera

    En.Aziz: diharap bersabar ye. cik penulis malas menaip

    Kembar: Pengalaman meng-observe orang je. dalam hati dah jadi hutan belantara dah. haha.

    5/30/10, 5:26 PM
  4. --a--

    cik e...

    saya sangat suka entri ini....!!!! (^_^) komen bukn sekadar komen, tapi komen perlu belajar daripada setiap pengalaman y ada....

    good job dear...!!!

    6/3/10, 10:55 AM
  5. Einzafeera

    cik a, yaaa...tenkiu2...hehe

    6/3/10, 4:12 PM
  6. Anonymous

    azza..kan aku dah kata...tajuk ni sesuai..ha ha ha... dari jejaki nor lab...

    6/6/10, 6:44 PM
  7. Einzafeera

    jejaka norLab: nantikan part 2 ye...

    6/8/10, 3:39 PM

Post a Comment

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails