Setiap orang pasti ada tempat berkubang masing2 kan? Tak kira la tempat tu macam mana punya rupa bentuk, janji tempat tu kamu selesa nak buat kerja.


Inilah tempat berkubang semasa saya berada di School. Tapi kadang-kadang saya turun lab. NOR lab. Kalau takda kerja kat lab, saya melepak kat sini la. Sedikit sepah dan wayar yang penuh berselirat. Huh. Masa ni meja masih kosong. Tak banyak barang lagi...Kat sini jugalah tempat saya men-download movies. Nampak tak wayar biru tu? Intenet manyak laju tuu.. Tapi tu dulu la. Sekarang dah kene block.



Haa..ini pulak tempat berkubang no.1. Kat sinilah tempat buat kerja, kat sini la tempat tido, kat sini jugalah tempat makan. Bile buat kerja kat meja, saya tak boleh jeling-jeling ke arah katil saya. Terasa macam bantal-bantal tu menari-nari memanggil saya suruh bermanja-manja dengan mereka. Bila dah bermanja-manja tu alamatnya...zzzZZZzzzZZ lah! Woha!

Wah..saya tamak bantal. Sampai 3 bijik. Tamak tak?

Sebenarnya bantal-bantal tu khusus untuk kawan-kawan yang menyinggah di USM. Siap ada toto lagi tau. Tapi tu dulu..zaman kawan-kawan tengah tanam anggur bolehla singgah. Sekarang semua sudah bekerja dah. Bila la korang nak datang lagi kan?

(Ohh..mood rindu menerpa diri)


Ini gambar meja saya dari jarak dekat. Sekali lagi wayar laptop berselirat. Biarla dia. Jangan ada tikus gigit sudah.

Nampak tak gambar baby kt soft-board saya? Tu bukan saya. Saya sejak kecik memang tak seksi begitu. Eh?


Hmm..satu hari nanti saya pasti merindui tempat berkubang saya ini. Kecik je tak besar. Tak cantik pun. Sepah pulak tu. Tapi kat sinilah saya selalu menghabiskan masa-masa saya.

So, jom berkubang-kubang..!!


p/s: Kepada kamu yang sudah bekerja-kamu pasti rindu tempat berkubang kamu zaman belajar kan?

14 comments:

  1. Anonymous

    hani_asmy said:
    spjg kt usm..tpt plg bes bekubang..blik ko kt CG..dh nginap kt c2..xmo blik hstl sdr dh..

    4/18/10, 8:19 PM
  2. Einzafeera

    hahaha. sbb time tu bilik aku bawah pokok. sejuk semacam. sbb tu best.

    4/18/10, 8:44 PM
  3. Unknown

    picture kat desktop(laptop) macam biasa nampak :P

    4/19/10, 9:29 AM
  4. Einzafeera

    taro: kan aku da mintak permission kan? =) semangat tu tgk pic itu. buatlah lagi khas untuk aku yer. haha

    4/19/10, 12:59 PM
  5. Unknown

    aku tak rindu ahh tempat2 ni..haha

    plng aku rindu kafe IK, leh mkn byk2 tapi murah.. :p

    4/19/10, 4:51 PM
  6. Nooreena

    CG kat mana? Blok yang paling hujung ke? Bilikku syurgaku. Hihi. ;)

    4/19/10, 8:06 PM
  7. Einzafeera

    phy: mungkin anda tidak berjiwa sentimental. haha. makan je ko ingat ek..

    erina: blok lame sblh pusat kesihatan tu. blok tengah. bilik plg ujung..wahh..mmg nyaman la kat situ

    4/20/10, 8:49 PM
  8. azlanhjalias

    Pandai gak cameraman snap gmbr ek....sntiasa cantik n nice je gambarnyer...mabruk! tmpat bkubang pn not bad laa....

    4/21/10, 11:42 AM
  9. Unknown

    makan untuk kesihatan. sentimental boleh bawa maut..hehe

    4/22/10, 2:42 PM
  10. Einzafeera

    Phy, ko mmg pandai. haha

    4/22/10, 6:08 PM
  11. Anonymous

    kemas bilik..patut kemas jugak lab..jadi mcm bilik anda...baru semnagat nak pergi lab

    5/8/10, 4:21 AM
  12. Anonymous

    berkubang dgn wayar n seumpama dengannya amat haibat..bukn sume org yg minat berkubang dgn bnde2 sepah..:D

    5/12/10, 5:36 AM
  13. Anonymous

    berkubang dgn wayar n seumpama dengannya amat haibat..bukn sume org yg minat berkubang dgn bnde2 sepah..:D

    5/12/10, 5:39 AM

Post a Comment

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails