Kisah Bahasa Diam

Written by Einzafeera 8 comments Posted in: ,

(mode: bersantai bersama coffee)
(atmosphere: sejuk. hujan renyai-renyai)
(music: Halo-Beyonce)


"Bahasa diam adalah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, 'aku cinta padamu'. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, 'kita tidak lagi sehaluan'.....".

Saye tak tahu kenapa saye begitu berminat dengan Quote ini. Adakah.....??

Sudah jangan fikir yang bukan-bukan ok?

Begitulah definisi bahasa diam. Saya percaya kamu juga mempraktikkan bahasa diam kan? Tak pun kamu juga tersepit dengan bahasa diam kan? Tak kisahlah dalam situasi apa sekalipun. Tak kisahlah dengan sesiapa pun. Samada dengan teman hati/sahabat sejati/ibubapa/bos/orang sekeliling.

Apa-apa pun janganlah kite membuat sebarang tafsiran yang akhirnye boleh menyakitkan hati sendiri. Betul tak? Kelak kamu juga yang sakit. Dahtu sape nak pujuk? Saye ke? heh...?

Positifkan aje imaginasi kamu itu. Susah tapi akhirnya kamu senang hati. kan?

Tapi bukan semua situasi boleh kamu praktikan bahasa diam tau. Disaat kamu menderita penyakit merbahaya, dan kebetulan kawan kamu bertanyakan kamu sakit atau tidak, dan-dan tu kamu praktikkan bahasa diam, saya rasa macam nak stapler mulut kamu. Kasi diam terus. Kang jadi ape-ape yang tidak ter-imagine, ramai yang susah hati dan sedih melihat kamu nanti.

Wow..terkeluar ayat-ayat caring.

Saye rase saya patut stop sekarang. Nanti saye melalut mengarut, kamu pulak tak larat nak bace entri ini.


p/s: saye pengorek rahsia tegar. Kamu takkan sedar saye mengorek rahsia kamu. Tup-tup semua rahsia kamu dah dibongkarkan dengan jayanya..pasti bahasa diam kamu x menjadik.


(coffee saye dah habis)
(hujan sudah reda)
(saye bertukar kepada lagu Letto-Ruang rindu)


8 comments:

  1. Nooreena

    Diam-diam ubi, berisi. Diam-diam tin, berkarat. Diam-diam Azza, berkahwin. Hihi. ;D

    Siapa yang mendiamkan diri ni kembar angkat?

    4/18/10, 1:01 PM
  2. Einzafeera

    kembar angkatmu yang ingin membuat bahasa diam. hihi

    4/18/10, 3:37 PM
  3. yantie

    sekali bc mcm tujukan tuk seseorang, sekali bc lagi nk kene baca lagi... cmner erk??? paper ppun der masanya diam adalah yang terbaik...

    4/19/10, 1:26 PM
  4. Einzafeera

    sy pun makin konpius nk bace banyak kali.

    4/19/10, 2:20 PM
  5. --a--

    jadikan diam kita sebagai zikrullah...diam kita sebagai fikir akan kebesaran Allah....diam kita sebagai ibadah kepada-Nya....(^_^)

    4/27/10, 12:59 PM
  6. abgreds

    diam itu seni. diluar kosong didalam berisi.
    diluar senyap didalam berbunyi. diluar hambar didalam mencabar!

    7/4/10, 10:13 PM
  7. Einzafeera

    terima kasih abgreds krn sudi berkongsi komen

    12/14/10, 6:24 PM

Post a Comment

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails