Written by Einzafeera
Posted in:
motivasi
Assalamualaikum pembaca-pembaca blogku..
Entri kali ni saje saye nak post perihal yang berkaitan dengan minda kita. Sebenarnya, sejak dua menjak ni, saye sangat sangat rajin membaca buku-buku yang bertemakan motivasi diri. Seronokla membaca ni..Buat minda kita ni cerdas sikit. Sesekali otak kita ni perlu berehat. Ye tak? Kadang-kadang kite terlalu memaksa otak kita ni memerah tahap extreme demi melengkapkan segala tugas-tugas atau kerja-kerja harian kita. Tu yang tiba-tiba ada je yang mengadu sakit kepala la..kepala pusing la..dan macam-macam lagi la. So, kalau dah jadi macam tu, bawak-bawakla berehat ye kawan.
Korang percaya atau tidak kalau saye cakap, terdapat perkara ajaib yang tersembunyi dalam minda kita?
Tak percaya? Percaya ajela ye..sebab ini bukan statement saye tapi statement Dr. Tuah. Ahha..
Rupa-rupanya baru ku tahu yang minda-minda kita ni boleh saling berkomunikasi antara satu sama lain.
wow. Menarik!!
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telahpun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin akan mendapat tindakbalas yang menakjubkan. Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insya-ALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda.
Haa..mesti korang akan cakap, “hah, iye ke?”
Maka kerana itulah, sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama tidak anda temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
TETAPI
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Barangkali kerana itulah sesetengah gelombang minda ini lambat sampainya kerana begitu banyak berdepan dengan cabaran dalam pengembaraannya.
Dan sekarang korang akan sebut, “ohh..patutla pun..”
Tatkala A teringatkan B dan A segera menghubungi B, B sudahpun memikirkan hal lain. Mungkin B akan berkata, “Ya, saya memang terkenangkan awak tetapi itu tiga hari lepas.”
Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunyai jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik-beradik kembar dan rakan seiras.
Hebat kan kemampuan daya imaginasi manusia?
Dan untuk pengetahuan pembaca sekalian, disaat saye membaca perihal ini, terus sahaja saye berkongsi dengan roommate saye. Dia pun terus menjawab,
“oo..patutla haritu aku teringat kat ibu aku, tup tup ibu aku SMS aku!”
Nak lagi bukti?
Ketika saye meluangkan masa saye bersama ummi saye berbual-bual, terus saye share benda ini dengan beliau (aktivitiku ketika pulang ke rumah ialah duduk bersama ummiku dan berborak-borak berjam-jam lamenye..maklumla i kan jarang balik..)
Dan ummiku terus mengiyakan dan terus bercerita pengalamannye sendiri,
“YES. Ini memang betul. Dulu time Abah selalu outstation, umi selalu hantar ‘telepathy’ kat dia. Dan bile abah balik mesti Abah akan tanye umi balik ade ke hantar ‘telepathy’ atau dapat tak ‘telepathy’ dia..”
Haa..menarik kan? Kan?
rujukan;
Dr. HM Tuah Iskandar al-haj, Membina Imaginasi Cemerlang (2003)
6 comments:
hehe...menariknye...nk bc...mane kamu amik buku tu ek??agak2 ko slalu x pk aku???kiki
11/5/09, 12:32 PMhaah. SELALU sgt pk psl ko. keh3
11/5/09, 4:37 PMwah,t'harunye de org pk ttg aku...ptutla rase cam xslesa je dduk...de org ngah pkkan akula...haha^_^
11/7/09, 2:34 PMsampai gak gelombang aku kt ko ek..hahaha
11/8/09, 3:31 AMsubhanALLAH...
11/12/09, 3:32 PMtu baru gelombang sesama insan.
gelombang makhluk dgn Sang Pencipta(ALLAH)
lebih2 lg..
sama2 byk doa(mohon apa yg dihajati)
kerana DIA MAHA MENDENGAR.
subhanallah...hebat betol ciptaan Allah...penulisan yg menarik...semoga dipermudah urusan dalam usaha menulis utk paparan umum...
11/12/09, 8:00 PMPost a Comment