Petua sihat: Terapi Air

Written by Einzafeera 1 comments Posted in:

Assalamualaikum.

Bertemu kembali dalam alam maya alam yang tak nampak.

SEmalan, aku ada membeli sebuah buku yang ku kira amat bagus sekali untuk dibaca.

Rahsia Minda Hebat-Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood Haji Muhammad Zakaria-Telaga Biru.

Saje beli sebab haritu aku pergi dengan seorang kawan dan kebetulan dia memiliki kad diskaun. Hah..ape lagi kan? Dah orang offer, kite pun sambutlah dengan tapak tangan terbuka..

Banyak sangat tips-tips yang best. Dilengkapkan dengan gambar rajah dan foto yang memberi gambaran jelas tentang petua dan konsep. Nak-nak pulak buku ni mengandungi ayat al-Quran, hadis dan doa yang amat-amat berguna untuk hafalan dan rujukan.

Sejak-sejak umur dah makin meningkat ni, kite kenalah menjaga kesihatan. Ye tak? Ketika umur masih muda la kite kite menjage kan? Melangkapkan apa-apa yang belum lengkap kan? Sementara masa masih lagi free, sementara membaca tu masih lagi sempat, sementara diri ni masih lagi belum terikat dengan komitmen besar (kerja+kahwin+anak), dan masa yang terluang inilah sepatutnya kita gunakan dengan sebaik-baiknya.

So, back to the topic...TERAPI AIR

Selepas anda bangun pagi, tak perlu gosok gigi dulu, baca selawat ke atas Nabi, then minumlah air kosong sebanyak 5 gelas. Insyaallah, ia dapat menyahtoksinkan badan dan memelihara tubuh daripada penyakit. kalau anda masih lagi belum biasa, mulakan meminum air 2 gelas dahulu. Kemudian ditambah segelas demi segelas setiap hari.

Ini jelah yang dapat dikongsikan dahulu. Ada mase free aku akan share lagi ok? kalau tak ok, korang boleh beli buku tu sendiri..murah je..nak yang lagi advance and lengkap dengan teori2 saintifik pun boleh..yang mahal la..yang omputih tulis..

1 comments:

  1. shaf_eyra86

    aku rase cam penah dgr la tips ni...tp xdela kene rembat smpe 5gelas air...mau lps tu aku dok dlmjamban je...hahaha

    11/19/09, 11:30 PM

Post a Comment

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails