Sungguh pantas masa berlalu. Seperti baru kelmarin saya menamatkan persekolahan di Sekolah Agama Menengah Rawang. Dan seolah-olah baru semalam saya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda saya di USM.
Tanpa saya sedar teman-teman bergelak ketawa, suka duka menempuh kehidupan, susah senang berdepan dengan cabaran telahpun berhijrah ke kehidupan lain yang boleh disifatkan sebagai kehidupan untuk orang-orang yang dah sampai 'seru'.
Ya, itulah dia Perkahwinan..
..Perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan.
Seseorang pernah berkali-kali bertanya apakah perasaan saya tatkala melihat member-member mendirikan rumahtangga.
Oh ya apa ya perasaan kamu bila melihat member-member kamu punya majlis?
Tentu sahaja, saya begitu gembira melihat mereka tambah-tambah lagi mereka adalah teman rapat saya. Rasa macam tak percaya pun ada juga. Nak-nak pulak ada yang telahpun melahirkan cahaya mata. Hai dah jadi ibu ye korang..
Pada yang belum bersedia, pelajarilah ilmu rumahtangga terlebih dahulu. Pada yang belum bercalon berusahalah mencari, memikat dan berdoa kepada yang maha Kuasa. Pikatlah dengan hati sebab apa yang datang dari hati akan sampai juga ke hati.
Dan yang paling penting, terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai..
p/s: bagi yang belum cukup umur sila hayati apakah tujuan sebenar berumahtangga? kalau tak dapat jawab, ampa pi tuntut ilmu dulu naa..
4 comments:
so,skang ape prasaan anda wahai cik azza??sudah byk m'bc buku2 b'kaitan??hehe...;p
12/30/10, 10:29 PMzira: buku tu ade la sikit2..hehe. perasaan ye? sdg bersedia ke arah itu..=)
12/30/10, 11:48 PMbgus2...truskan memekarkan prasaan anda itu yeah..hehe
1/2/11, 8:46 PMzira: memekarkan? hehehehe. lawak istilah..
1/10/11, 6:46 PMPost a Comment