Salam ceria.
Entri ini saya tulis dalam keadaan yang teramat mengantuk..
Sila jangan baca ya..
Setelah beberapa jam mengadap tesis, otak saya jadi lemah. Mungkin sel-sel neuron saya sudah tidak mahu bekerja lagi. Mungkin mereka mahukan suppliment kot..Aik kan tadi saya dah bagi Softgel Salmon Oil Omega-Gold? Kandungan DHA (Docosa Hexaenoic Acid) sangat tinggi tau. Haisy..Apakah photon-photon dari cahaya lampu sedang berperang dengan dengan neuron saya sehingga neuron saya malas nak buat kerja? (Teori apa ini? Jangan percaya)
"Akak tak minat tulis tesis sebab tu selalu merungut.." Teringat kata-kata dari adik saya, Muiz.
Yes. exactly. Saya memang tak minat tulis tesis.
Umi mencelah, "Control your mind..Never give up..master your thinking"
Oh umi..seorang ibu yang sentiasa menaikkan semangat anak-anaknya. You know me well, Umi..
Yaa..sebenarnya kita boleh control kita punya minda. Dari lemah tukar kepada semangat. Dari malas tukar kepada rajin. Dari benci tukar jadi sayang. Oh yes! Saya SUKA tulis tesis.
Dan ia betul-betul menjadi. Sekarang sudah terbukti yang kite boleh menguasai pemikiran kita sendiri. Tak percaya? Cubalah..
Ps: Mata saya dah tak mengantuk.
2 comments:
hihi...mari kite b'semangat meneruskan pjuangan study kite ye...hehe..gambateh!!
12/30/10, 10:31 PMzira: good luck to both of us. =)
12/30/10, 11:51 PMPost a Comment