Meniti hari-hari 3-4 minggu ini, saya mengalami kesempitan waktu. Ke sana dan ke mari, buat itu dan ini, sungguh waktu sangat sedikit bagi saya..


Hati saya betul-betul sejuk tatkala membaca bait-bait ayat Hilal Asyraf.

Tetapi kita kene ingat, sempit kita adalah kerana kita terisi.

Dan setiap ruang kehidupan kita yang diisi sehingga rasa sempit itu, ianya adalah dibayar oleh Allah SWT.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga" Surah At-Taubah 111.

Sungguh, masa-masa yang telah dikorbankan untuk Allah itu, adalah masa-masa yang menjadi cagaran untuk kita ke syurga sana.

..kesempitan waktu ini benar-benar membuat saya lebih menghargai waktu. Ibarat 5 minit itu saya bahagikan kepada jarum saatnya. Bermakna, saya ada 300 saat. Mungkin bagi orang lain, apalah sangat dengan jarum saat itu tetapi tidak bagi saya. 1 saat itupun sudah cukup bermakna untuk melakukan sesuatu.

Teringat sangat kata-kata seorang sahabat 'kembarku', "Yang penting kualiti, bukan kuantiti".

Yaa..kualiti..

Jadi, adakah kamu juga mengalami kesempitan waktu?

"Jadikanlah ia bermakna.."


P/S: Syukur sangat-sangat saya memiliki orang-orang sekeliling yang begitu memahami...

3 comments:

  1. Anonymous

    wajar di'saat'kan waktu kita ni. kalau kira pakai minit alamat slow balik karang...kira jam lagi le...

    7/30/10, 6:57 PM
  2. --a--

    hmmm....baca monolog ni di kala sedang kesempitan...mmg terbaek..!!

    12/14/10, 12:19 PM

Post a Comment

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails