Kehidupan Baru

Written by Einzafeera 5 comments Posted in: ,

(music: Rindu pada Mu-Yasin)

Bismillahirrahmanirrahim.

Selesai sudah seminggu lebih bertugas sebagai tenaga pengajar untuk anak-anak Uitm. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kelas untuk mengajar, bermacam-macam tekaan bermain-main di kepala. Tapi teringat sangat kata2 sahabat baikku sarahanim, "ko kalo nak ngaja dan nak bagi diorang paham, kene ngaja macamana ko suka orang ngaja kat ko dan bagi ko paham". Wah itulah dia kata-kata seorang cikgu.

Time saya mengajar, bila students tu mengangguk2 dan tanya balik soalan demi mengukuhkan kefahaman diorang, saya rasa seronok sangat. Tapi itu untuk chapter 1 jelah..semalam saya mengajar chapter 2, diorang tu siap garu-garu kepala dan buat muka blur je..terdetik jugak dalam hati ni macamana la nak bagi diorang faham chapter tu..padahal dulu saya belajar fizik lagi la blur dari chapter 1st sampai chapter last. hahaha.

Dan yang paling best, students ni respect lecturers lah. Walaupun satu kelas tu semuanya lelaki dan saya seorang je perempuan tapi mujurlah diorang dengar kata. Tapi macam biasalah awal2 ni memang baik, nanti dah nak sampai tengah2 sem mesti diorang nakal punyalah. Tapi nakal budak umur 18 tahun ni takdelah macam budak sekolah menengah kan..

Sakit tekak ni takyah cakaplah. mana taknya jadual punyalah pack, dahtu kite sorang je yang bercakap kat depan. Kesian tekak ni..

Itu jelah serba sedikit tentang kehidupan baru saya ni..nanti free2 saya taip lagi..




p/s: Buku ni saya dah beli lame dah..tapi baru je baca separuh. Menarik jugak isi dalamnye..dari tak tahu kita jadi tahu.

5 comments:

  1. Ms. TaroAthirah

    wow. bangga aku ada kawan mcm kau makcik!

    gambo ko lawa. terer eh skang :)

    7/13/10, 12:32 PM
  2. Einzafeera

    aku biase je ler..

    mekasih sbb puji gmba tuu..hehe

    7/13/10, 1:25 PM
  3. mataayaq

    salam...

    Kagum dgn komitmen penulis dlm usaha mndidik n mngajar student2 menimba ilmu.
    Moga student2 akan hayati n hargai pengorbanan sorg guru.

    7/15/10, 2:25 PM
  4. --a--

    semakin maju laa cik kak azza ni...!!!! (^_^)

    7/16/10, 11:27 AM
  5. Einzafeera

    terima kasih semua..=)

    7/16/10, 6:08 PM

Post a Comment

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails