Surat Cinta Saya

Written by Einzafeera 11 comments Posted in:


Salam Kawan-kawan.


Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menulis entri baru harini. Agak lambat update sebab masa sangat2 tidak mengizinkan.

Tajuk entri macam hot kan? Mesti kamu semua x sabar2 nak baca kisah cinta saya. Ahaks. Sila jangan layan saya merepek!

"Surat Cinta Saya" hanyalah satu perumpamaan sahaja. Satu teknik baru yang sekejap tadi saya gunakan. Nak tahu lebih lanjut? Sila rajin2 meneliti satu persatu ayat2 saya okayy?

Setiap manusia biasa takkan terlepas dari merasakan seribu satu macam perasaan yang 'memenjarakan' diri kamu. Ianya juga bergantung kepada diri kamu sendiri macamana mahu handle 'penjara perasaan' itu. Kadang2 hampir sesak nafas dibuatnya kan? Lumrah kehidupan..penuh onak dan duri..kalau kehidupan kamu tu kosong semacam je, maka saya tabik spring la kat kamu. Lagi best ade onak dan duri tau. hehe

Mengadulah..mengadulah kepada sumber yang tepat. Semestinya Allah SWT itulah tempat kita mengadu segala-galanya. Allah SWT maha Memahami. Dia tahu hamba-hambaNya sikapnya ada turun ada naik. Allah SWT jugalah yang memberi petunjuk dan memandu kita dalam menunjukkan pilihan2 yang boleh kita pilih. Ok itu yang pertama dan yang paling-paling Utama.

Yang kedua. Tulis 'surat cinta'. Woha! bukan tulis surat kepada teman kamu okay. Tulis kepada diri kamu sendiri. Teknik ni saya adaptasi dari sebuah buku: Men are from Mars, Women are from Venus-John Gray.

Saya sama juga seperti manusia biasa. Bukan kuat setiap masa. Pelbagai onak dan duri perlu saya tempoh. Kadang-kadang tergelincir jugalah.

So, saya pun tulisla 'surat cinta' kepada kepada diri sendiri. Tulis..tulis..dan tulis..saya pun baca balik. Tiba-tiba saya dapat tahu punca segala kegusaran hati saya. Saya tiba-tiba dapat memahami situasi yang saya lalui sekarang. Automatik minda saya bertukar menjadi positif terhadap perkara2 yang saya anggap negatif selama ini. Selepas itu saya terus menerus menulis perkara2 positif pula. Now, saya sangat2 lega.

Tapi harus kamu simpan surat cinta kamu baik2 tau. Kalau nak berkongsi pun apa salahnya tapi make sure yang kawan kamu itu benar2 dapat terima penulisan kamu itu. Kot2 dia tak suka diri kamu ketika itu kan susah.

Banyak situasi boleh kamu aplikasikan teknik ni. Especially disaat kamu tidak puas hati kat seseorang. Daripada kamu serang dia baik kamu tulis dulu apa yang tak puas hati. Percayalah kamu akan lega. Tapi jangan tunjuk surat tu kat dia sudah!

Tapi nak tulis 'surat cinta' ni ada teknik2 dia. Bukan main belasah aje.

1) Luahkan apa yang terbuku dihati.
2) Luahkan apa yang kamu mahukan sebenarnya.
3) Motivate balik diri sendiri.


Apa pula teknik kamu?


p/s: Sila tambah apa yang kurang ye sebab saya ni kurang ilmu.



11 comments:

  1. Nooreena

    Salam Azza. Rindu sama my kembar! Huk..

    Hari tu try komen kat entri azza sebelum ni, tapi cuba banyak kali pun tak boleh. Tak tau kenapa. Sebab internet tak okay kot.

    Azza baca juga ya buku John Gray. Best kan? Kembar ada baca jugak, tapi tak habis lagi. Baru sampai page 40+. Hihi

    Semoga kita sama-sama ditenangkan hati. InshaAllah..

    :)

    5/13/10, 11:10 AM
  2. Einzafeera

    Yup sangat best! Nanti erina dah baca last2 baru faham maksud buku tuu..

    Insyaallah kite doakan kembar kite mendapat ketenangan hati..;)

    5/13/10, 4:32 PM
  3. Unknown

    surat untuk diri sendiri? cam janggal je nak buat..huhu

    tp dah ada gmbr kat tepi ni,bagus..!! :)

    5/14/10, 11:13 AM
  4. azlanhjalias

    Salam,

    Menarik entri kali ni...tentang cinta...satu sentuhan.

    "Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri.Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah SWT ".

    mesti penulis sdang mencari cinta yang hakiki.

    5/14/10, 7:57 PM
  5. Einzafeera

    Phy: Try la buat. hehe. terasa perbezaannye..hehe

    azlan: si penulis sedang bertapa buat masa ini. =)

    5/17/10, 12:02 AM
  6. --a--

    ak dah buat dari sekolah dlu2 lagi.....sejak akhir2 ni je ak perlukan semula teknik ni utk salurkan kekuatan pada diri sendiri.....almaklum, semakin dewasa ni....macam2 konflik y dtg menimpa....menempa utk pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah.....hmmm....macam2...

    so, all da best utk penulis entri y g mungkin semakin tenang sekarang....(^_^)

    5/17/10, 1:27 PM
  7. Einzafeera

    cik a, anda mmg terbaik. saya tau teknik ni mmg berkesan kat awak. hehe.

    ya..penulis semakin tenang dan hepy2 aje..(^_^)

    5/19/10, 4:00 PM
  8. --a--

    cik E, saya rasa macam nk mula menulis......macam menarik plak rasa....hehehehehe.....:D

    5/21/10, 9:48 AM
  9. Einzafeera

    cik A, silalah tulis. Pastu bagi saye bace..hehe

    5/21/10, 10:51 AM
  10. Anonymous

    azza, cepat2 tulis thesis...big bos...dah push cepat habis...he he

    5/27/10, 1:10 AM
  11. Einzafeera

    ye..tgh cepat2la ni...huhu

    5/27/10, 1:46 AM

Post a Comment

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails