sesiapa yg ingin membaca tajuk ini, make sure that anda telah membaca 'gara2 pinjam kereta sewa part 1'.

...pada malam itu, kami telah dihidangkan dengan ayam panggang versi cik peah (mak asyrap). memang sedap gile. hilang sekejap rase resah pasal cermin yg pecah tu..mula-mula kami melantak ayam panggang, then melantak nasi goreng, then di tambah pula dengan sup yg lazat. selepas kekenyangan, tiba-tiba kami dihidangkan pula dengan burger goreng. banyaknye kami makan. perut memang sangat buncit la malam tu. itu pun belum campo dengan makanan-makanan lain (aku pun dah x ingat ape yang aku makan).

lepas dah abes makan mestila kene mengemas pulak kan? dah namenye orang pompuan..semestinya kene mengemas. kami taknak digelar anak dara pemalas. haha.

sedang kami melepak-lepak di depan tv, tiba-tiba tempat tidur untuk kami 7 orang telah siap terbentang di ruang tamu. ahha. jangan salah sangka ye kawan-kawan. ruang tamu kat rumah asyrap ni agak strategik untuk tidur tau. tempat yang orang takkan lalu. so kami bertujuh mempunyai privasi masing-masing. yang menariknye tentang tempat tidur kami, cik peah telah membentangkan toto dari hujung dinding ke hujung dinding. bantal setiap sorang dapat dua. satu alas kepala, satu bantal peluk. hahaha. lawak betul. semua orang dapat bantal peluk. cam budak kecik la pulak. banyak sungguh bantal kat rumah kamu ye asyrap.

malam tu kami tido dengan kemerduan alunan suara anjing-anjing yang sedang menyanyi dengan 'LUNAK' sekali...

keesokannye..
tibalah masa yang ditunggu-tunggu. nak kene cari kedai kereta ni..nak kene survey mane satu yang murah. kami bergerak 3 kereta. wira-mak ayah asyap. myvi-izma n nani. kancil-KAMI. tapi aku, nazwa, nani n asyrap tiba-tiba nak naik myvi. hahaha. tinggal la si sal n zira aje yang kene bawak kancil rongak tu.hihi. teruk tol kami ni.

konvoi mengonvoi telah diketuai oleh Wira perkasa. yang ditengah-myvi. last sekali kancil. sesekali aku (dlm myvi) menjeling ke arah dua orang rakanku di dalam kancil. sian kat diorang. terkebil-kebil mata si zira bawak kancil tu. dahla x boleh buka aircond. berpeluh-peluh aku tengok diorang.

ketika kami meluncur perlahan di jalan raya, ketika kami terpaksa menempuh batang-batang jalan raya yang penuh sesak dengan kereta, aku tengok banyak mata yang memandang ke arah kancil yang tak seberapa sempurna tu. bukan sahaja mata yang memandang, malah bibir mereka juga turut tersenyum riang. ade jugak bibir yang mengejek. ade pulak suara-suara sumbang bertempik "woi, buang jela kereta ni kat longkang la wei". perh..dahsyat sungguh masyarakat zaman sekarang. langsung x pandai menghormati orang lain. ape diorang ingat kita saje-saje nak ketuk cermin then cube untuk menjadi jaguh di jalan raya dengan 'keunikan' kereta kita ke?

akhirnya kami tiba di sebuah kedai kereta. orang taiping gelar kedai tu sebagai 'kedai potong'. setelah tawar menawar akhirnya kami setuju untuk pasang cermin satu layer sahaja. ni memang paling nipis dah ni. harge pun RM 170. okla kot.

akhirnya setel gak urusan kami di sini. kos cermin semua kitorang tanggung. langsung pakcik kereta sewa taknak bayar walau separuh. hmm xpela. benda dah nak jadi.

perjalanan pulang ke penang, kami bawak dengan penuh berhemah. kali ni kancil kami hanya dok di lane kiri sekali. kali ni kami memang x potong lori dah. takut kejadian semalam berulang kembali.

pengajaran yang aku dapat: lain kali kalau nak sewa kereta baik terus dapatkan kereta yang elok. bukan macam besi buruk. gara-gara nak murah, last sekali kene bayar lagi mahal. kepada pembaca sekalian, berhati-hatilah kalau nak sewa kereta ye. kalau boleh bagitau kat tauke tu yang korang nak bawak jauh-jauh. konfem dia akan akan bagi kereta yang elok.

7 comments:

  1. shaf_eyra86

    LUNAK ke suare2 anjing tu??hahaha....

    jaguh di jalan raya dengan 'keunikan' kereta??
    eii....malu aku wei....hahaha

    8/25/09, 3:41 PM
  2. Einzafeera

    lunak gile anjing2 tu menyanyi. terpikat aku! hahaha
    zira, malu-malu pun, naseb baik diorang x kenal ko. kalo ko satu kampung ngn diorang lg MALU.haha

    8/25/09, 5:53 PM
  3. sarah

    best2...pngalamn anda sungguh best!!...weh bm ko mmg mantap la azza...kaggummmm

    8/27/09, 10:32 PM
  4. Einzafeera

    sarah..sejak bile bm aku mantapp.ni perli ni. =)

    8/29/09, 1:32 PM
  5. shaf_eyra86

    haha...bm?bkn ba ke bi ke??hehehe.....die lg tere...haha

    8/30/09, 4:24 PM
  6. sarah

    mksud ku bahasa kamu sguh berbunga2..hahah...bgus!!
    arab n bi mmg die hbt...cume die xtnjuk jer...kekek

    8/30/09, 11:11 PM
  7. Einzafeera

    sarah. jgn puji lebey2. nt aku kembang.haha

    8/31/09, 2:17 PM

Post a Comment

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails