Sikap kita di bulan Ramadhan

Written by Einzafeera 3 comments Posted in:

Tadi aku ade membace sebuah blog. Langit Ilahi. Mate aku tertangkap pada satu entri; Edisi Ramadhan: Apa yang telah kamu buat?

Hati aku sangat tersentuh. Seakan-akan terkena batang hidung sendiri.

Aku meneliti satu ayat.

"7 hari telah berlalu, seminggu telah berjalan. Wahai hamba Allah, apa yang telah kamu buat dalam bulan Ramadhan ini?"

Ya. Ape yang telah aku buat seminggu ini?

“Allah telah memberikan kamu harta. Harta kamu adalah milik Allah SWT. Bukan kepunyaan kamu, bukan kepunyaan bapa kamu atau datuk kamu. Maka wahai hamba Allah, apakah yang kamu telah lakukan terhadap harta kamu dalam Ramadhan kamu ini?”

Betul. Kemana aku telah belanjakan duit-duit aku? Semestinya di bazar Ramadhan. Aku seolah olah membeli makanan mengikut nafsu semata-mata. Bukan ikut perut. Tak sedar kot yang perut ni kecik. Mula-mula round satu bazar. Fikir berbuka ni nak makan apa. Dah habis round masih tak tahu nak beli apa. hmm..nak makan nasi tomato lah. Nak tambah dengan ayam goreng berempah lah. Daging masak kurma tu nampak macam sedap. Sayur nak makan ape ye? Kuih-muih pulak nak beli ape ye? ha..ade popia basah! ade samosa! cekodok! kuih keria! waa..kene beli semua ni! Rugi x beli harini. Ya..aku seolah-olah berpuasa untuk qada' makan. Kaki ini masih lagi berjalan di bazar. Tak sedar kat tangan dah penuh dengan beg plastik. Tiba-tiba mata ini nampak kek. waa..cam terliur je. Langsung tanpa berfikir, tangan ini terus membelinya. Azzafeerah! Apa yang telah kau lakukan ni..MEMBAZIR!!

bazaar ramadhan

“Wahai hamba Allah, Allah memberikan kamu masa, dan masa itu sentiasa berlalu. Apakah yang telah kamu lakukan dengan masa kamu dalam bulan ini?”

Yupp. Adakah aku telah mengisi masa-masaku dengan amalan-amalan yang sewajarnya? Atau adakah aku terlalu sibuk melakukan perkara duniawi sehingga ignore perkara-perkara ukhrowi?

“Wahai hamba Allah, Allah telah memfardhukan kamu solat, maka apakah yang telah kamu lakukan terhadap solat-solat fardhu kamu? Ketahuilah bahawa Tarawih itu sunnah, sedang Isya’ dan Fajar itu adalah wajib. Apakah pantas untuk kamu mendirikan tarawih tetapi melewatkan isya’ dan mengakhirkan fajar? Ketahuilah bahawa Isya’ dan Fajr itu datang dahulu sebelum tarawih”


Tarawih oh tarawih. Perlukah tearawihku berlubang lubang dek kerana hujan? Ya hujan. Perlukah aku meninggalkan terus semata-mata kerana sukar keluar?

“Ramadhan adalah bulan Al-Quran wahai hamba Allah. Wahai hamba Allah, maka apakah yang telah kamu lakukan kepada kitab RABB kamu ini? Adakah kamu mempercantikkan bacaan kamu? Adakah kamu menghayati isinya dalam kehidupan kamu?”

Adakah aku benar-benar berhajat untuk khatam semata-mata atau belajar untuk memahami? Kenapa sifat malas membuka tafsir itu menjadi sifat aku?

“Wahai hamba Allah, Ramadhan adalah bulan perubahan. Perubahan buruk kepada baik. Baik kepada yang lebih baik. Agar kita mampu menjadi hamba Allah yang terbaik selepas Ramadhan ini pergi. Hadiah Ramadhan adalah taqwa, dan dengan taqwalah kita berbekal sepanjang 11 bulan yang lain”

Ya. Ramadhan adalah hadiah. Hadiah dari Allah. Adakah kita betul betul menghargai hadiah ini?

Telah seminggu berlalu. Sepatutnya aku jadikan ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan ramadhan lepas.

“7 hari telah berlalu, seminggu telah berjalan. Wahai hamb Allah, apakah yang telah kamu buat dalam Ramadhan ini?”

Mari kita sama-sama jawab soalan ini. Mari kita sama-sama muhasabah diri.

Kepada kawan-kawan, kalau terasa ingin membaca blog langit ilahi, anda boleh click di sebelah kanan blog ni.

Saya sangat suke cara penulisnya mempersembahkan karyanya. Bace ye..

p/s: maaf kalau ade terkurang. diri ini masih kekurangan ilmu

3 comments:

  1. shaf_eyra86

    kat gmbr bazar tu xnmpk pon muke ko tgh pgg plastik mknn byk2?hehe...pape pon,jnji mknn tu abeh dimkn okla..xdela m'bazir...=)

    8/30/09, 4:19 PM
  2. bulan

    ummm aku terasa keinsafanya pabila aku turut mnjadi mgsa rakus nafsu mkn ni....ko igt kes pak tongko aku tu...ish3 rugi dan membazir jek kan...dan aku pg terawih sehari jer...uih!!!

    8/30/09, 5:05 PM
  3. Einzafeera

    zira: tp aritu mmg kite beli sgt2 membazir. haha
    Bulan: ingat sgt kt pak tongko ko tu. haha. sian..kene buang akhirnye..

    9/7/09, 1:28 AM

Post a Comment

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails