Al-kisah, tersebutlah kisah pada tanggal 3 Julai 2009..kami berempat; aku, sal, nazwa dan zira telah dijemput makan BBQ kat rumah asyraf. Sememangnya, zira dari awal2 lagi dah booking kerete kancil auto (sbb xde sape antara kami tahu bawak manual). Sejam lebih kami tunggu akhirnya kereta yang dipesan sampai. “Bang kami sewa separuh hari ajelah”, smsku pada tauke kereta. Bukan ape, kami nak murah..
Kereta kancil merah. Agak buruk. Warne merah yang makin lekang. Hmm..xpelah. maybe ok kot nak bawak sampai Taiping.
Tukang memandu si zira. Ketika kami menyusuri Penang Bridge, kebanyakan orang asyik pandang kereta kami aje. Alahai dah la buruk, rase cam malu je duduk dalam kereta tu. haha. ape2 pun diorang x kenal kitorang. Kalau tidak mesti kene ejek. Time tu kitorang pun agak musykil. Kenapa diorang asyik pandang je? Comel-comelkah kami? Ke pelik pompuan bawak kancil buruk? Hah.lantaklah. asalkan sampai taiping dan dapat makan sudah la.
Kancil buruk ni pun terus memecut dangan laju. Laju dan semakin laju. Asal Nampak kereta aje potong. Almaklumlah..kami kejar mase. Lagipun highway memang syok bawak laju. Semakin laju si kancil ni semakin gegar badan kami. Dah x rase macam naik kereta dah tapi rase macam naik kuda. Tiba-tiba..
PANGGG!!! Disusuli bunyi KREKKKKKKK!!!!
Cermin depan retak seribu. Memang dah tak Nampak ape dah. Zira panik. Terus sal suruh signal ke tepi. Zira pun ikut.
Now what? Ape nak buat ni?
Padahal waktu tu kami baru aje lepas tol Juru. Jauh lagi nak ke Taiping. Kiri kanan kelapa sawit. Kereta-kereta lain terus tak pedulikan kami.
Aku bingung. Semua senyap.
Selepas 5 minit blur, zira pun hulurkan hp nye kat aku. “ko call r abang tu. Aku xreti”. Ye dalam keadaan macam ni aku tahu zira masih keadaan trauma. aku pun call tauke kereta.
“bang, cermin kereta retak. Dah x Nampak ape dah. Nak buat ape ni?”
“Biasenye penyewa yg kene ganti”
‘mak oii..mesti mahal.mangkuk tol. Bukan ktrg yang pecahkan’ menyumpah dalam hati aku je.
“ade lelaki x dalam kereta?”
“xde.”
“Ok. Adik cari ape2 yang keras dlm kete tu n ketuk cermin sampai habes”
“ok kami try”
Kami pun still blur. Dalam kereta hanya ade sebijik payung aje. Sal masih diam. Mungkin fikir berape pulak nak kene ganti cermin ni. Nazwa yang dari tadi menyepi di ceruk kereta pun tiba-tiba keluar kereta dan terus bukak bonnet. Nasib baik ade besi utk tuka tayar tu. Tanpa disuruh, dia pun pergi ketuk cermin kereta seorang diri.
Hari makin gelap. Hanya kami berempat aje di tepi highway. Kereta2 yang melintas kami hanya sekadar hon aje. Ceh! Bukan nak berenti tolong. Kami memang kalut gile time tu. Mane taknye, ni first time jadi camni.
Hari memang dah gelap. Kire2 pukul 7.45pm. Sedang nazwa mengetuk-ngetuk cermin datang seorang pakcik tua. Fuh, lega..akhirnye ade jugak orang datang tolong. Setelah bertanya sebab musabab kenape cermin retak akhirnya pakcik ni yang tolong pecah2kan cermin tersebut. Habis tangannye darah-darah terkene serpihan kaca. Thanks la pakcik.
Sekarang dalam kepala kami fikir macam mana nak ganti cermin. Bukak ke idak workshop memalam gini. Kat mane pulak nak cari workshop. Mampukah kami meneruskan perjalanan ke rumah asyraf. Atau nak kene patah balik ke usm ke. Kang kalo x datang makan kesian pulak kat mak asyrap yang dah masak banyak.
Sedang pakcik tu ketuk-ketuk seorang diri, kami kat belakang kereta sibuk call orang lain cerite ape yang dah jadi kat kami ni. Haha. Dan-dan tu jugak nak kene call semua orang.
Antara orang yang di tepon;
Kami call asyrap – dia terkejut. Dia pun xtau nak suh buat ape. Yang pasti dia nak kitorang datang
Mak asyrap pulak call kami – dia suruh deal dgn tauke mintak tanggung kos. X pun bayar separuh.
Asyrap pulak call lg sekali – dia bagi no tepon ayie suh amik kitorang.
Kami call ayie – ayie takmau amik. Jauh. Ceh!
Kami call sarah – sarah terkejut dan b’simpati.
Zira call zarul – b’cerita panjang..
Mak asyrap call tauke kereta – bincang sape nak ganti. Suh tauke tu datang bawak kete lain tapi tauke cakap sila tanggung duit minyak n tol pergi dan balik. Ape kejadahnye tauke tu. Diorang siap bergaduh. Last2 tauke tu cakap suh kitorang patah balik ke penang n bincang. Tapi yang pastinya tauke tu tetap x mau ganti (ade lagi mende yg aku x tulis. mls)
Asyrap call kami – bagitau kejadian gaduh-gaduh tadi.
“dik, da habes bincang?” tiba-tiba pakcik tua mencelah. Tak sangka rupa-rupanya dia dah habes bersihkan kereta kitorang. “kalo nak bincang jangan kat sini. Pergi berenti kat R&R. korang semua perempuan. Bahaya malam-malam duduk sini”
Akhirnya kami pun ikut cakap pakcik tua tu. Memang lawak betul drive tanpa cermin depan. Sejuk je. Serpihan-serpihan kaca pun masuk-masuk dalam mata. Tingkap semua kami tutup. Aircond pun x on. Radio pun da rosak. Hah xpela. Bile sampai R&R kami pun still bincang-bincang.
Zira: kita patah balik jela. Abang tu da marah2. Takut r
Sal: betul tu. Tp kat bridge nanti angin kuat. Camne ni?
Zira: berenti jeti jela. Suh orang tu datang amik.
Nazwa: (diam)
Aku: (hmm..lapar ni. Kalo balik sia-sia je duit minyak n tol)
Aku: jom kite trus gi taiping r. bagitau abang tu biar kite yang ganti cermin sendiri. Bape lame nak sampai taiping?
Sal: setengah jam. Balik penang pun setengah jam.
Aku: kalo camtu just gi taiping jela. Dapat makan.
Nazwa: (masih diam tapi mengangguk2 tanda setuju)
Zira: nah. Ko call.
Setelah aku call tauke tu dan bincang dengan penuh sopan-santun akhirnya kami decide terus ke taiping..kami decide nak cari kedai kereta kat taiping aje sok.
Perjalanan pun kami teruskan. Sekali lagi zira yang drive. Sal pulak jadi tukang tunjuk direction. Aku dan nazwa duduk kat belakang sambil menikmati angin yang kuat masuk melalui depan. Zira dan sal terpakse mengebil-ngebilkan mata mereka demi manahan angin dari masuk kedalam mata. Kereta kami pecut selaju 50 km/j. lembab gile. Kali ni memang asal Nampak kereta aje kami malas nak potong dah. Bile bertemu lori, kami hanya duk belakang bontotnye sahaja. Kadang-kadang lori tu laju dan terus meninggalkan kami di belakang. Mane boleh bawak laju2. Kang ape pulak yang jadi.
Akhirnya kami sampai juga ke taiping. Fuh..selamat jugak akhirnya. Sesampai aje di rumah asyrap, terus orang-orang yang wujud kat situ bantai gelak tengok si kancil merah tidak bercermin. Haha. Tapi aku tahu yang bahawasanya mereka sedang risaukan kami tadi..
p/s: cerita akan disambung ke part 2.
5 comments:
uik....mane part pling menarik tu???plastik terbang...part hot tu..hehe
7/20/09, 6:22 PMpart tu belum ditulis.huhu.penat
7/20/09, 6:27 PMsbnrnye ondaway g taiping tu,tiba2 dtg plastik merah terbang-terbang menuju kearah kereta. haha. ape lagi..dahla xde cermin depan. naseb baik x terbabas demi nak mengelak dari plastik tu. haha. mujur plastik tu x masuk dalam kete.
7/21/09, 8:33 PMkesian3...ishk3 nak menitis air mata baca (sbb lucu btol)=>
7/23/09, 11:21 AM-BASITH-
gara2 aku bacer ko nyer citer y ni lah menyebabkan aku tersedar betapa syoknyer bleh bercerite.....di tambah plak dgn si zira yg tgh angau menulis blog dan aku tgk dia wat mcm syok semacam jek lagi la ak naik gla and antu nak wat jgk....hahaha.akhrnya aku berjaya...sekian...
8/30/09, 5:00 PMPost a Comment