komunikasi dengan minda ke minda

Written by Einzafeera 6 comments Posted in:


Assalamualaikum pembaca-pembaca blogku..

Entri kali ni saje saye nak post perihal yang berkaitan dengan minda kita. Sebenarnya, sejak dua menjak ni, saye sangat sangat rajin membaca buku-buku yang bertemakan motivasi diri. Seronokla membaca ni..Buat minda kita ni cerdas sikit. Sesekali otak kita ni perlu berehat. Ye tak? Kadang-kadang kite terlalu memaksa otak kita ni memerah tahap extreme demi melengkapkan segala tugas-tugas atau kerja-kerja harian kita. Tu yang tiba-tiba ada je yang mengadu sakit kepala la..kepala pusing la..dan macam-macam lagi la. So, kalau dah jadi macam tu, bawak-bawakla berehat ye kawan.

Korang percaya atau tidak kalau saye cakap, terdapat perkara ajaib yang tersembunyi dalam minda kita?

Tak percaya? Percaya ajela ye..sebab ini bukan statement saye tapi statement Dr. Tuah. Ahha..

Rupa-rupanya baru ku tahu yang minda-minda kita ni boleh saling berkomunikasi antara satu sama lain.

wow. Menarik!!

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telahpun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin akan mendapat tindakbalas yang menakjubkan. Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insya-ALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda.

Haa..mesti korang akan cakap, “hah, iye ke?”

Maka kerana itulah, sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama tidak anda temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

TETAPI

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Barangkali kerana itulah sesetengah gelombang minda ini lambat sampainya kerana begitu banyak berdepan dengan cabaran dalam pengembaraannya.

Dan sekarang korang akan sebut, “ohh..patutla pun..”

Tatkala A teringatkan B dan A segera menghubungi B, B sudahpun memikirkan hal lain. Mungkin B akan berkata, “Ya, saya memang terkenangkan awak tetapi itu tiga hari lepas.”

Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunyai jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik-beradik kembar dan rakan seiras.

Hebat kan kemampuan daya imaginasi manusia?

Dan untuk pengetahuan pembaca sekalian, disaat saye membaca perihal ini, terus sahaja saye berkongsi dengan roommate saye. Dia pun terus menjawab,

“oo..patutla haritu aku teringat kat ibu aku, tup tup ibu aku SMS aku!”

Nak lagi bukti?

Ketika saye meluangkan masa saye bersama ummi saye berbual-bual, terus saye share benda ini dengan beliau (aktivitiku ketika pulang ke rumah ialah duduk bersama ummiku dan berborak-borak berjam-jam lamenye..maklumla i kan jarang balik..)

Dan ummiku terus mengiyakan dan terus bercerita pengalamannye sendiri,

“YES. Ini memang betul. Dulu time Abah selalu outstation, umi selalu hantar ‘telepathy’ kat dia. Dan bile abah balik mesti Abah akan tanye umi balik ade ke hantar ‘telepathy’ atau dapat tak ‘telepathy’ dia..”

Haa..menarik kan? Kan?



rujukan;
Dr. HM Tuah Iskandar al-haj, Membina Imaginasi Cemerlang (2003)

Read more

Disaat aku sedang berfikir..

Written by Einzafeera 4 comments Posted in:

Sedang meriba laptop.
Meriba laptop di atas katil.
Kaki menjulur kedepan.
Badan pula ku sandarkan di atas 4 biji bantal yang disusun bertingkat-tingkat.
Santai..
Masih mencari idea untuk membina ayat-ayat power khusus untuk entri baruku ini.
Mata pula sibuk melihat keadaan sekeliling bilik.

Yes..still mencari idea.
(kemana pulak idea ni?)

Tiba-tiba mataku tertarik dengan satu objek di sebelah kiriku.
Apakah objek itu??
Lama aku tenung..
Apakah objek itu??

ZIRA

Hah? Zira?
Adakah zira satu objek?
Eh bukan.
Zira bukan objek.
Tapi tadi aku cakap aku tenung dia kan?
Gilekah aku?

Nope! aku tak gile.

Actually, aku tenung laptop dia..
Dia tengah main fevret game aku.
Magic Pen (miniclip.com)

So, nape aku tenung laptop dia?
Sebab..
Sebab..
Sebab..
Cara dia main sangat lawak. hehehe

Magic Pen: satu game yg mencabar IQ kite dan melatih kite menguasai konsep fizik. Cara main just kite kene gerakkan sebijik bola sehingga ia sampai ke garisan penamat. Tapi setiap level banyakla halangannye..kadang-kadang kite kene naikkan bola, kadang-kadang kite kene jatuhkan bola, kadang-kadang kite kene suh bola tu lompat, kadang-kadang kite suh bola tu berhenti dan macam-macam lagi la. (anda kene try main dulu baru anda faham) Nak menggerakkan bola tu, kite kene la melukis objek-objek yang dapat menolak, menarik, melompat dan sebagainye.

So, cik nurul zahirah (bakal puan nurul zahirah) ni pulak bermain dengan caranye yang tersendiri. Pelik dan lawak tapi menang lak tu..Bijak sungguh minah ni.

Di saat-saat aku berhempas pulas macam mana nak lukis jongkang jongkit untuk melompatkan bola (nak jimat melukis objek) tersebut tapi si zira ni pulak hanya melukis objek bertubi-tubi di atas bola tersebut (bola tu automatik akan naik sendiri tapi sikit demi sikit la).

Hahaha. Lawak betul.
Lawak tapi menang.
Cayala kak!!

Read more

Meh main game

Written by Einzafeera 1 comments Posted in:

Saye sangat suke main game ni. Mencabar minda tu..Best oo ngadap lame-lame..Leh latih IQ kite.

Slamat Mencube!!

Games at Miniclip.com - Magic Pen 2Magic Pen 2

Draw with the magic pen to master physics and win the game.

Play this free game now!!

Read more

bile nk tulis post baru?

Written by Einzafeera 6 comments Posted in:

assalamualaikum semua..

agak lame juge aku tak update blog kan? Kawanku nabila ade dok tanye bile aku nak update blog. hmm dan aku telah menjawab pertanyaannye. korang nak tau ape aku jawab? aku jawab

"aku nak tulis pasal ape pulak?"
"buatla pasal raye"
"hmm..raye aku biase ajela.."
"ala..mu citela pape..mu pandai mengolah cite jadi menarik"

hahahaha. Betul ke nabila ni?
Sebenarnye aku main taip je ape aku nak.
Tapi life aku selepas raye agak kelam kabut sebenarnye. Banyak kerja dan mende kene aku fikir. Untuk aku mencetuskan idea untuk blog pun takde. Maafla ye..

Sememangnya dan sebenarnye aku agak stress kebelakangan ini. Badan pun tak sihat. Mungkin sebab terlalu stress, badan pun susah nak sihat. pergi klinik pun aku malas. huh. malas la nak beratur tunggu angke giliran aku. korang tau-tau jela pusat kesihatan usm ni..akibatnya badan makin tak sehat.

So, macam mane nak hilangkan atau nak kurangkan stress ni? haa..korang nak tau macam mane aku buat?

Aku bace buku motivasi Dr. Tuah. buku yang aku cilok kat rumah aku sendiri. best oo buku ni..nanti kalau ade mase aku akan isi blog aku dengan idea-idea Dr. Tuah. Semakin aku bace semakin terkena batang hidung sendiri. Jadi, aku banyak ambil tips dari buku ni.

So, ape yang penting sekarang, aku harus positivekan diri dan pemikiran. Inilah antara tips Dr. Tuah. Ape yang kite buat walaupun dalaman kite menolaknye, yang penting ialah mempositivekan diri.

DAN..

Aku dah cube. sedikit sebanyak stress ku makin lesap..Cume masih ade saki baki. Insyaallah diri ini akan kembali normal dan ketika itu mungkin idea untuk tulis blog akan muncul mencurah-curah.

okla..daa..

Read more

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails