Harini terasa ingin menulis sesuatu.
Sedar tak sedar kita telah pun melangkah ke tahun baru. Alhamdulillah umur kita bertambah setahun lagi. Semoga dengan pertambahan umur ini bisa mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
Tahun 2010 pada saya adalah tahun yang paling mencabar buat saya. Penuh suka, duka, tawa dan ceria. Segala macam cabaran datang dan pergi.
Tahun 2010 benar-benar menukar persepsi saya tentang kehidupan.
Apa yang saya tak suka dahulunya, kini telahpun menjadi realiti. Dan realiti inilah yang buat saya terus menyukainya.
Contoh terbesar, dulu saya tak mahu mengajar. Abah ummi suruh jadi cikgu tapi saya tak mahu. Bila sambung masters, mereka suruh pulak jadi lecturer. Sekali lagi saya tidak mahu. Alasan saya, fizik susah nak ajar. Tapi setelah diberi peluang mengajar sendiri di UiTM, saya betul-betul menyukai kerjaya itu.
Orang cakap masa yang akan mematangkan seseorang. Tapi pada saya manusia sekeliling yang akan mematangkan kita. KENAPA?
Kerana dari mereka kita belajar sesuatu.
Kerana dari mereka kita nampak kelemahan diri.
Kerana dari mereka kita kenal erti hidup.
Kerana dari mereka kita berubah kepada sesuatu.
Dari satu sudut yang lain, tahun baru perlu ada baju baru. Jam baru. Carpet baru. Langsir baru. Ha..mestila nak beli yang baru kan? kan aritu MEGA sale..Namun disebalik barang-barang yang baru tu, mungkinkah hati kita telah 'bertukar' baru?
Ingatlah bukan pakaian baru yang mencerminkan keperibadian kita. Sifat-sifat yang kita pamerkan adalah refleksi hati kita yang tersembunyi di dalam lubuk diri kita. Jika bersih, lembut dan jernih hati kita maka eloklah peribadi kita. Jika kotor, keras dan rosak hati kita maka hodohlah peribadi kita.
2 comments:
wallaweh.....sudah matang kwnku sorg ni....kagum aku...ni effect dr ngaja eik???tmbh2 ngn byk mnulis ye??hihi..gud2...i loike...;p
1/7/11, 11:25 PMhehehe. taklah. matang pas kwn ngn ramai org. =)
1/8/11, 2:37 AMPost a Comment