~Jangan limit kan fikiran kamu. Percayalah yang 'berat' akan jadi 'ringan' kalau kita tahu tekniknya~


Assalamualaikum.

Sudah lama rasanya saya tidak 'memanjakan' blog saya ni..

Reason? Mungkin sebab terlalu fokus terhadap sesuatu kerja yang lain sehingga hobi menulis disini terabai..ya mungkin apabila saya sudah bertukar status dari single kepada married dan ditambah pulak anak-anak kecik yang nakal, mungkin blog ini hanya tinggal kenangan..

Okla malas bebel panjang dan mari kite focus on the topic lah. Saya ambik dari SOLUSI. (One of my favorite majalah).


Petunjuk seseorang mempuyai keyakinan diri yang TINGGI:


1. Mampu melakukan kerja yang perlu dibuat walaupun tidak disukai

2. Berdaya tahan dan berdaya saing.

3. Ada self-discipline, self-motivation dan mampu melakukan self-censored.

4. Mampu meminta maaf jika bersalah dan memberi maaf jika dipinta.

5. Sanggup mengakui kesalahan diri dan memperbaikinya.

6. Meraikan perbezaan tanpa mewujudkan suasana konflik.

7. Berdikari, proaktif dan produktif.

8. Berani dan sanggup menanggung risiko.


Petunjuk seseorang mempunyai keyakinan diri yang LEMAH:


1. Tidak mampu melakukan kerja atau tugasan untuk mencapai kejayaannya.

2. Mudah marah, melatah, mengamuk apabila diuji, diusik dan dipersalahkan.

3. Membuat kerja yang suka dibuatnya bukan kerja yang perlu dibuat.

4. Suka membebel dan merungut.

5. Menunggu peluang bukan mencari ruang.

6. Berubah kepada yang baik hanya apabila dipaksa, bukan dengan rela.

7. Emosi kurang rasional.


Jadi yang mana satukah kita? Mari kita sama-sama muhasabah balik dimanakah tahap kita sebelum ini. Semoga post kali ini dapat kita kongsi manfaatnya bersama..


Read more

Rabun

Written by Einzafeera 2 comments Posted in:


Hari ini dalam sejarah.


Buat pertama kalinya dalam jangka hayat cermin mata yang baru setahun jagung, akhirnya hari ini saya menukar kepada cermin mata yang baru. Woot woot..!!

Mengikut sejarah saya yang berkaca mata sejak darjah 6, inilah baru pertama kali power mata meningkat setinggi-tingginya dalam jangka waktu yang singkat. Ishk..ishk..ishk..Akhirnya power mata hampir mencecah 500. Oleh yang demikian saya terpaksa membeli cermin yang mahal since cermin yang murah akan nampak begitu tebal dan sekaligus cermin akan terkeluar dari bingkai. hehe.

Optometrist tadi pun terkejut kenapa power naik terlalu tinggi dari power yang lama. Mungkin sebab itulah kenapa kepala sering sakit-sakit dan sering pening ketika driving.


Moral: Kalau anda mahu membuat spec, silalah request cermin anda tu lengkap dari semua aspek. Rupa-rupanya spec lama saya takde computer protection. patutla power boleh tinggi semacam..jarang sekali power meningkat 100 dalam jangka waktu yang pendek.


Seminggu lagi imej saya bakal bertukar. Tiada lagi frameless. Kali ni saya akan membawa imej Nerd. HAHAHA.


p/s: kalaulah ada orang nak hadiahkan saya 'Permata Hijrah' kan bagus..

Read more

Hikmah Musibah

Written by Einzafeera 0 comments Posted in:


"Apabila Allah menguji orang islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek."


-SOLUSI ISU 19-

Read more

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails