Sabar

Written by Einzafeera 0 comments Posted in:

semakin hari umur kita semakin meningkat..
semakin hari semakin sukar laluan kita..
semakin hari semakin sedikit yang datang..
semakin hari semakin banyak yang hilang..

mampukah diri ini bersabar?
mampukah diri ini berdiam?

hanya diri ini sahaja yang mengerti..
hanya diri ini sahaja yang boleh melakukan perubahan..
hanya diri ini sahaja yang boleh mengelak sebarang kemungkinan..

aku yakin aku boleh!!
kalau kamu yakin, kamu juga boleh!!

Read more

Pengalaman

Written by Einzafeera 0 comments Posted in:

Izyan Musfirah, Mustofa Danisy dan Nazhan


Dalam hidup kita, pengajaran dikutip melalui pengalaman. Tak kira pengalaman itu milik kita mahupun milik orang lain. Pengalamanlah yang akan membantu kita menjana pemikiran yang lebih luas dan ke hadapan. Betul, berdasarkan sesuatu peristiwa yang sudah berlaku, akan membantu kita melakar suatu lagi peristiwa yang baharu, yang lebih maju.

Read more

Emosi

Written by Einzafeera 2 comments Posted in:

Salam.
Ku berjaya tempuhi hari-hari ku yg penuh beremosi
Maaf dipinta sekiranya diri ini telah menyinggung perasaan sesiapa
Mungkin first time aku beremosi??
Yup.
Mungkin.
Namun hari-hari yg beremosi tu akan ku buang jauh-jauh
Sebab
Hidup perlu pandang ke depan, bukan pandang ke belakang kan?
Wassalam.

Read more

Thank You

Written by Einzafeera 2 comments Posted in:

Thank you for being there
For showing me the path
Thank you for always caring and giving it all you have
Thank you for not running when I needed your help
Thank you for always caring about my health
Thank you for always staying by my side
and giving me the courage and the pride to do things I've never done before
Thank you for giving me something to stay alive for
Thank you for always loving me, and adoring my talents and skills
Thank you for always being there for all of the sad times and the thrills
Thank you for always telling me what’s wrong and what's right,
and thank you for helping me on the path to life.

Read more

sedikit pengajaran

Written by Einzafeera 2 comments Posted in:

Disaat-saat diri ini telah buntu dengan komitmen kerja..hatiku tiba-tiba terpukul dengan tulisan seorang penulis Langit Ilahi. Sedikit renungan buat diri sendiri dan pembaca blogku. Terimalah..

Pengajaran 1: Hubungan Dengan Allah

Manusia di dalam kehidupannya, dia sibuk. Fikir itu, fikir ini, fikir kerja, fikir keluarga, fikir pelajaran. Hingga keutamaan pemikirannya, 90% ke arah perkara-perkara itu. Hanya sedikit sahaja yang menempuh hidup ini dengan merasai kebersamaannya dengan Allah SWT.

Kelemahan manusia bermula dari sini. Sebab itu kita ini lemah, tidak kuat dan tidak mampu untuk melaksanakan pelbagai kerja yang bermanfaat. Manusia tiddak berhubungan dengan Allah Yang Maha Memberikan Kekuatan.

Siapa manusia yang mengadu kepada Allah bila dia susah? Siapa manusia yang menceritakan kepada Allah segala masalah? Pernahkah kita melakukan? Bila kita ada kepayahan untuk buat sesuatu, bila kita rasa sukar hendak tinggalkan dosa, pernah tak kita mengadu kepada Allah? Berapa kali mengadu?

Lemahnya hubungan dengan Allah ini, adalah punca kejatuhan manusia, walaupun di mata manusia dia adalah hebat dan masyhur.

Hati yang berhubung dengan Allah, dia mempunyai jiwa yang kuat, semangat yang tidak akan luntur, dan matlamat yang jelas. Dia hanya akan berusaha melakukan yang baik-baik sahaja, memandangkan dirinya sentiasa berhubungan dengan Allah SWT. Dia rasa Allah memerhatikannya, dia merasakan Allah mengetahuinya. Dia tidak sendiri, dia tidak sunyi.

Pengajaran 2: Disiplin Mu’min

Oleh kerana kita sentiasa melihat kehidupan ini dengan pandangan materialistik, maka kita meringan-ringankan disiplin seorang yang beriman walaupun diri kita adalah orang yang beragama Islam.

Kita tidak serius dalam solat kita, pembacaan Al-Quran kita pun tiada penghayatan malah jarang-jarang pula membacanya, sedikit sekali kita berdoa kepada Allah, tidak pula kita berusaha beersungguh-sungguh dalam melaksanakan peerintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Kita ketepikan aspek kebersihan, kita tidak pandang hubungan kita dengan orang lain, kita tidak kisah dengan pelajaran kita, kita tidak ambil tahu fasal pekerjaan kita. Imej kita sebagai orang beriman tercalar, lantas kita pun melumpurkan lumpur-lumpur busuk ini kepada orang beriman yang lain.

Ketidak pekaan ini, kurangnya sensitiviti ini, menyebabkan seseorang manusia itu lemah.

Dia tiada dispilin sebagai seorang yang beriman kepada Allah.

Malah kemungkinan, dia pun tidak tahu apa itu displin untuk seorang yang beriman.

Pengajaran 3: Masa

Manusia banyak kerja. Kerja lebih banyak daripada masa. Sampai Imam As-Syahid Hassan Al-Banna pernah berkata: “Wahai saudaraku, kerja itu lebih banyak dari masa”

Tetapi manusia tidak ambil berat aka hal ini. Dia bazirkan masanya. Di hadapan internet sahaja sudah berjam-jam, melayan facebook sahaja sudah tidak bergerak beberapa waktu. Tiada manusia yang rasa pentingnya masa, melainkan selepas dia telah terlepaskannya.

Hakikatnya, Allah SWT tidak akan memberika manusia 24 jam sehari, andai 24 jam itu tidak cukup kepada manusia. Kalau 21% oksigen dalam udara kita ini cukup, seimbang, sempurna untuk kehidupan manusia, masakan 24 Jam yang Allah cipta itu tidak cukup?

Manusia bukan rugi kerana sikitnya masa. Manusia rugi kerana dia membazirkan masa yang ada.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan melakukan amalan soleh, dan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran, juga mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” Surah Al-‘Asr, ayat 1-3.

Apabila manusia menjaga hubungannya dengan Allah, meningkatkan disiplinnya sebagai orang yang beirman, mengutamakan yang utama, membuang yang tidak penting, maka dia akan mampu melakukan banyak kerja dalam satu masa. Kerja yang banyak boleh diselesaikan segera.

Tetapi masalahnya, tidak ramai manusia yang menjaga masa. Sebab itu mereka terkapai-kapai dalam kehidupan dunia. Sebab itu mereka rugi. Sebab itu mereka tidak mampu meningkat. Sebab itu mereka lemah, sebab itu mereka tidak menjadi hebat dan kuat.

Pengajaran 4: Dosa

Siapa yang memandang dosanya? Siapa yang mengambil kira akan dosanya? Siapa yang memandang dosa itu eperti gunung yang jatuh menghempap diri? Atau kebanyakan kita memandang dosa itu seperti lalat yang hingga di hidung, dikuis pergi terus?

Manusia tidak tahu satu perkara. Dosa sebenarnya ibarat rantai untuk menghalangnya menjadi hebat, menjadi kuat. Dosa itu melemahkan. Apabila seseorang insan melakukan dosa, maka akan ada bintik hitam di dalam hatinya. Jiwanya akan kurang peka, dia akan kurag sensitif, lantas hubungannya dengan Allah akan tergegar, disiplin mu’minnya rosak, dia tidak akan mampu mejaga masanya lalu terheretlah dia ke lubang neraka.

Sesiapa yang berbuat dosa semasa siang, malamnya tidak akan mampu dibangunkan untuk Allah. Sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, siangnya tidak akan mampu berjalan kerana Allah. Dosa menganggu interaksi komunikasi antara hamba dengan Allah.

Maka siapakah yang bergerak apabila diseru:

“Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ‘taubat nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” Surah At-Tahrim ayat 8.

Siapakah yang bergerak? Atau dosa telah merantai sehingga tidak rasa terpanggil?

Pengajaran 5: Niat dan Matlamat Yang Jelas

Kelemahan insan yang paling besar sekali, adalah di titik permulaan gerakan mereka. Mereka tiada niat yang jelas, tiada matlamat yang kukuh. Sebab itu apabila tersungkur di tengah jalan, mereka teerkapai-kapai dan tidak mampu bangun. Di tebing mana mereka hendak berpaut kalau mereka sendiri tidak tahu jalan apa yang mereka sedang lalui?

Mereka terlupa, Rasululla SAW bersabda:

“Sesungguhnya setiap amal itu dikira dengan niat, setiap orang itu adalah apa yang diniatkan olehnya” Riwayat Bukhari.

Bermula kenapa? Matlamat akhirnya ke mana?

Manusia yang tidak menyedari perkara ini, tidak pula bersungguh-sungguh selepas menyedarinya, tidak akan ke mana-mana. Kerjanya tetap terbengkalai, masanya tetap terbazir, dia tetap menjadi orang yang merugi.

Sebab dia tidak tahu sebenarnya apa yag sedang dia lakukan. Dia tidak tahu apa-apa.

Maka apabila dia diuji, terjatuh, teersembam ke bumi, dia tidak menemui punca untuk kembali bangkit.

Maka, kita belum terlambat lagi memperbaharui niat dan matlamat kita. Bergerak kenapa? Matlamatnya hendak ke mana? Nak capai apa sebenarnya? Tanyalah diri kita, dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Penutup: hamba Allah kena serius

Hamba Allah perlu serius untuk menjadi hamba.

Dia sedang menjadi hamba kepada Yang Mencipta Sekalian Alam, Yang Maha Esa Perkasa Tiada Yang Mampu Menandingi-Nya. Maka apakah pantas hamba kepada TUHAN ini bermain—main dalam kehidupannya?

Hamba kepada Allah sentiasa berhubungan dengannya, sentiasa berdisiplin, sentiasa menjaga masa, sentiasa berusaha meninggalkan dosa, ada matlamat yang jelas. Itu yang menjadikan seorang hamba Allah kuat, semua kerjanya selesai, dia tidak tergugah, dia terus meningkat dan meingkat, kalau terjatuh dia naik seula dengan penuh semangat.

Sebab itu, semua perkara yang dilakukan oleh hamba Allah yang beirman ini, semuanya baik.

“Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya ,dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya” Riwayat Muslim.

Read more

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails