
Sungguh pantas masa berlalu. Seperti baru kelmarin saya menamatkan persekolahan di Sekolah Agama Menengah Rawang. Dan seolah-olah baru semalam saya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda saya di USM.
Tanpa saya sedar teman-teman bergelak ketawa, suka duka menempuh kehidupan, susah senang berdepan dengan cabaran telahpun berhijrah ke kehidupan lain yang boleh disifatkan sebagai kehidupan untuk orang-orang yang dah sampai 'seru'.
Ya, itulah dia Perkahwinan..
..Perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan.
Seseorang pernah berkali-kali bertanya apakah perasaan saya tatkala melihat member-member mendirikan rumahtangga.
Oh ya apa ya perasaan kamu bila melihat member-member kamu punya majlis?
Tentu sahaja, saya begitu gembira melihat mereka tambah-tambah lagi mereka adalah teman rapat saya. Rasa macam tak percaya pun ada juga. Nak-nak pulak ada yang telahpun melahirkan cahaya mata. Hai dah jadi ibu ye korang..
Pada yang belum bersedia, pelajarilah ilmu rumahtangga terlebih dahulu. Pada yang belum bercalon berusahalah mencari, memikat dan berdoa kepada yang maha Kuasa. Pikatlah dengan hati sebab apa yang datang dari hati akan sampai juga ke hati.
Dan yang paling penting, terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai..
p/s: bagi yang belum cukup umur sila hayati apakah tujuan sebenar berumahtangga? kalau tak dapat jawab, ampa pi tuntut ilmu dulu naa..
Read more

Salam ceria.
Entri ini saya tulis dalam keadaan yang teramat mengantuk..
Sila jangan baca ya..
Setelah beberapa jam mengadap tesis, otak saya jadi lemah. Mungkin sel-sel neuron saya sudah tidak mahu bekerja lagi. Mungkin mereka mahukan suppliment kot..Aik kan tadi saya dah bagi Softgel Salmon Oil Omega-Gold? Kandungan DHA (Docosa Hexaenoic Acid) sangat tinggi tau. Haisy..Apakah photon-photon dari cahaya lampu sedang berperang dengan dengan neuron saya sehingga neuron saya malas nak buat kerja? (Teori apa ini? Jangan percaya)
"Akak tak minat tulis tesis sebab tu selalu merungut.." Teringat kata-kata dari adik saya, Muiz.
Yes. exactly. Saya memang tak minat tulis tesis.
Umi mencelah, "Control your mind..Never give up..master your thinking"
Oh umi..seorang ibu yang sentiasa menaikkan semangat anak-anaknya. You know me well, Umi..
Yaa..sebenarnya kita boleh control kita punya minda. Dari lemah tukar kepada semangat. Dari malas tukar kepada rajin. Dari benci tukar jadi sayang. Oh yes! Saya SUKA tulis tesis.
Dan ia betul-betul menjadi. Sekarang sudah terbukti yang kite boleh menguasai pemikiran kita sendiri. Tak percaya? Cubalah..
Ps: Mata saya dah tak mengantuk.
Read more

[foto: ade sesiapa mahu ajar saya mengait macam ni tak?]
Kadang-kadang saya tersenyum sendiri melihat status rakan-rakan di FB.
Kadang-kadang saya mengerutkan dahi tatkala terbaca bait-bait ayat di FB mereka.
Kadang-kadang hati saya terpaut dengan madah kata-kata di FB sana..
Tapi apakah tujuan sebenar kita update status kita di FB?
Sekadar seronok2?
Atau ingin menyampaikan sesuatu?
Atau sekadar syok sendiri dek demam FB?
Atau ingin mencetuskan suasana havoc di page sendiri?
Ya..pastinya kamu punya pendapat tersendiri bukan?
Tapi kadang-kadang ada yang mencarut bagai di FB itu. Fuh...inilah part yang paling saya tak boleh tahan. Hai..kamu tak tahu ke kata-kata kesat tu sedikit sebanyak dah cerminkan sifat2 kamu?
Dan lagi paling best ramai pulak couples di FB tu sebok membalas komen dangan perkataan-perkataan yang meloyakan. Erk. Please la takkan nak pamir satu dunia yang korang tu tengah hot berchenta?
Jagalah adab kamu dari sudut itu ya..
Tak susah pun..
Bukan hipokrit di FB tapi cubalah menjaga adab dan tatasusila demi keperibadian seorang muslim..
Read more
Written by Einzafeera
Posted in:
video
I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
Read more

Lame sungguh saya tidak menulis dan lama sungguh saya tidak membaca. Adakah tulisan saya kali ini menjadi sedikit cacat?
Ya! Suara kecil hati saya tolong jawabkan.
.....
.....
.....
Ok nampaknya untuk tulis artikel 'saya ke laut' tiada idea la...hehehe.
So, kesimpulan yang dapat dibuat;
kurang membaca = tidak boleh menulis.
Read more

Apakah itu Cinta?
Definisinya terlalu meluas.
Pada saya, Cinta adalah motivasi terbaik untuk manusia.
Tanpa Cinta jiwa manusia itu kosong.
Dengan Cinta hati manusia akan tenang.
Dan kita tidak akan merasai indahnya Cinta, andai tiada Cinta buat yang Maha Esa
Read more

Bertemu kembali setelah sekian lama tak memberi sebarang komitmen terhadap blog sendiri.
Tadi saya jalan-jalan kat iLuvislam.com. Ingin sekali rasanya nk share sebuah artikel disini..
Bila kita memulakan sesuatu..
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah.
Bila kita berniat..
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...
Bila kita berusaha..
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa.
Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...
Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..
Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah...
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi.
Sedangkan..
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira..
Allah takkan lupa pada langkah kita.
api sememangnya lahiriah kita,
Kadang-kadang lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,
Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,
Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati.
Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,
Kerana dalam firman Allah;
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"
Kerana itu..
Pada masalah harus bersabar dan redha
Pada ujian harus tabah dan teguh
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..
Sama tetapi tidak serupa,
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana
Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar dunia mengikuti dengan redha...
Di sana,
Akhirat yang pasti.
Syurga yang terindah,
Atau
Neraka yang menyala!
Read more

wah..kesiannya blogku ini..dah lama saya tidak menjaganya dengan rapi. Idea-idea yang terkumpul dahulunya telah pun terpendam di dalam hati.
Sejak2 menyibukkan diri dengan kerjaya baru ni, jarang betul idea tu timbul untuk menaip sesuatu di blog.
hm...tunggulah lagi beberapa minggu, pasti idea tu bakal muncul...
sebenarnya saya teringin sekali nak share dengan semua isi sebuah buku yang dah lama saya baca. 'If you think you can!'. Sekali baca pasti nak baca lagi. Saya betul bersemangat tatkala membaca bait-bait ayat si penulis buku ini...Tapi tengok dululah. Ada masa terluang, akan saya share dengan semua.
Salam ceria untuk anda!
Read more
Meniti hari-hari 3-4 minggu ini, saya mengalami kesempitan waktu. Ke sana dan ke mari, buat itu dan ini, sungguh waktu sangat sedikit bagi saya..
Hati saya betul-betul sejuk tatkala membaca bait-bait ayat
Hilal Asyraf.
Tetapi kita kene ingat, sempit kita adalah kerana kita terisi.
Dan setiap ruang kehidupan kita yang diisi sehingga rasa sempit itu, ianya adalah dibayar oleh Allah SWT.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga" Surah At-Taubah 111.
Sungguh, masa-masa yang telah dikorbankan untuk Allah itu, adalah masa-masa yang menjadi cagaran untuk kita ke syurga sana.
..kesempitan waktu ini benar-benar membuat saya lebih menghargai waktu. Ibarat 5 minit itu saya bahagikan kepada jarum saatnya. Bermakna, saya ada 300 saat. Mungkin bagi orang lain, apalah sangat dengan jarum saat itu tetapi tidak bagi saya. 1 saat itupun sudah cukup bermakna untuk melakukan sesuatu.
Teringat sangat kata-kata seorang sahabat 'kembarku', "Yang penting kualiti, bukan kuantiti".
Yaa..kualiti..
Jadi, adakah kamu juga mengalami kesempitan waktu?
"Jadikanlah ia bermakna.."
P/S: Syukur sangat-sangat saya memiliki orang-orang sekeliling yang begitu memahami...
Read more
(music: Rindu pada Mu-Yasin)
Bismillahirrahmanirrahim.
Selesai sudah seminggu lebih bertugas sebagai tenaga pengajar untuk anak-anak Uitm. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kelas untuk mengajar, bermacam-macam tekaan bermain-main di kepala. Tapi teringat sangat kata2 sahabat baikku sarahanim, "ko kalo nak ngaja dan nak bagi diorang paham, kene ngaja macamana ko suka orang ngaja kat ko dan bagi ko paham". Wah itulah dia kata-kata seorang cikgu.
Time saya mengajar, bila students tu mengangguk2 dan tanya balik soalan demi mengukuhkan kefahaman diorang, saya rasa seronok sangat. Tapi itu untuk chapter 1 jelah..semalam saya mengajar chapter 2, diorang tu siap garu-garu kepala dan buat muka blur je..terdetik jugak dalam hati ni macamana la nak bagi diorang faham chapter tu..padahal dulu saya belajar fizik lagi la blur dari chapter 1st sampai chapter last. hahaha.
Dan yang paling best, students ni respect lecturers lah. Walaupun satu kelas tu semuanya lelaki dan saya seorang je perempuan tapi mujurlah diorang dengar kata. Tapi macam biasalah awal2 ni memang baik, nanti dah nak sampai tengah2 sem mesti diorang nakal punyalah. Tapi nakal budak umur 18 tahun ni takdelah macam budak sekolah menengah kan..
Sakit tekak ni takyah cakaplah. mana taknya jadual punyalah pack, dahtu kite sorang je yang bercakap kat depan. Kesian tekak ni..
Itu jelah serba sedikit tentang kehidupan baru saya ni..nanti free2 saya taip lagi..


p/s: Buku ni saya dah beli lame dah..tapi baru je baca separuh. Menarik jugak isi dalamnye..dari tak tahu kita jadi tahu.
Read more