Apa yang wanita mahukan [Part 1]

Written by Einzafeera 7 comments Posted in:

Salam ceria semua..

Terima kasih kerana masih setia membaca walau entri kejap timbul kejap tenggelam.


'Apa yang wanita mahukan dari seorang lelaki' atau 'apa yang wanita pandang terhadap seorang lelaki'.

Ohh tajuk yang telah di suggest oleh rakan di Lab. Complicated nak explain tajuk ni ok.

Adakah wanita memandang rupa paras? Atau wang ringgit? Gagah perkasa? Kasih sayang? Atau cukup dengan hanya budi bahasa?

Sebenarnya lain orang lain citarasanya. Bergantung kepada individu itu sendiri. Kene tengok jugak background wanita tu macam mana. Wanita itu pulak duduk dalam environment macam mana. Semua faktor-faktor inilah yang mempengaruhi ciri-ciri idaman mereka.

Tapi wanita tetap wanita. Asas sama. Apa yang mereka mahukan lebih kurang serupa.

Wanita itu lebih cenderung dibimbing. Bukan membimbing. Terutama bab agama. Sebab itulah kebanyakan wanita akan memilih lelaki yang bisa membimbing mereka. Saya pernah bertanya kat kawan saya, "kenapa kau x terima je mamat tu? Bersungguh aku tengok dia". Kawan saya jawab, "aku bukan memilih za..tapi satu hari aku ternampak dia ponteng puasa. Takkan orang macam tu kot untuk aku pilih jadi suami? Sape nak bimbing aku dengan anak-anak aku nanti?". Begitula cerita part2 membimbing ni..tengok betapa kaum hawa ingin dibimbing!

TAPI..

Cara nak membimbing pun ada tekniknya..Setengah wanita suka cara lembut atau indirect dan setengah wanita suka secara direct atau straight to the point. Tapi berdasarkan pemerhatian saya terhadap kawan-kawan sekeliling, mereka lebih tidak suka cara yang terlalu direct. Percayalah, semakin direct, semakin degil jadinya. haha.

Lagi?

Wanita cenderung meluahkan masalahnya kepada lelaki. Itu fitrah semulajadi. Bukan sebab dia tidak ada kawan-kawan perempuan yang boleh dengar masalah mereka. Sebenarnya kawan-kawan dia dah dengar dah, tapi si wanita ni nak jugak meluahkan kat insan bernama lelaki. So, kamu yang lelaki wajib jadi pendengar setia. Tak payah susah2 memerah idea nak bagi solution sebab wanita tu meluahkan masalah sekadar untuk melegakan hati sendiri sahaja. Cukuplah sekadar memberi moral support untuk menaikkan kembali semangat mereka. Tapi kalau orang tu betul2 nak dinasihati, jangalah pulak kamu yang lelaki ni tiba2 jadi pendengar setia pulak..

Senang kan golongan hawa ni? Simple tapi complicated nak faham.

[Bakal bersambung...banyak lagi info2 yang best. tunggu....]

Read more

Berpuasa dari Facebook

Written by Einzafeera 6 comments Posted in:


Berpuasa dari ber-facebook. Itulah tajuk yang bakal saya kupas sebentar lagi.


Cewah macam preview berita terkini pulak

Bulan lepas, saya pernah berkata didalam hati, "hmmm..start ujung bulan mei sampai bulan 7, aku nak kurangkan aktiviti berfacebook lah. Kalo dok ngadap facebook 24 hours mau tak grad ni..."

Itulah yang terdetik di dalam hati saya gara-gara gejala 'M' melanda diri. Memang menguji betul kalau universiti provide wireless dan free pulak tu. Takkan nak biar internet tu x digunakan kan? hehe.

Tup-tup laptop saya rosak. Memang berhikmah betul laptop tu rosak...dia tanak saya ngadap internet 24 hours kot? Actually laptop tu saya baru beli time raya tahun lepas. Haritu tetiba screen blinking. Mungkin sebab masuk air kot..entahlah..semoga orang tukang baiki laptop tu dapat sembuhkan laptop saya tu cepat2.

Saya ni pengguna tegar laptop tau. Tak keruan kalau takda laptop. Haha. Maka sekarang, saya pinjam laptop Abah. Sengaja saya taknak register USMHotspot. Kunun2 nak 'berpuasa' dari ber-facebook. Paling ajaib kerja saya bergerak 80%. Wow. Kalau saya ber-facebook atau ber-YM, kerja saya bergerak 20% aje..ishk3...

Sekarang bila saya bukak facebook saya, notifications pun seketul dua aje..Sebab saya dah jarang post status atau sibuk komen2 kat orang. Maka saya rasa facebook dah tak menarik.

Ada hikmahnya laptop saya rosak....


p/s: saya rindu laptop saya...mungkinkan selepas laptop saya sembuh, saya kembali 24 hours ber-internet? ISHK3...

p/s: Tapi tak ngadap internet pun tak best jugak. Kadang2 otak tetiba jammed ngadap kerja2 ku itu...(alasan manjakan penyakit 'M')

p/s: Saya rasa ayat2 saya makin berterabur lah...ishk3..otak jammed ni...baek tido!

Read more

Surat Cinta Saya

Written by Einzafeera 11 comments Posted in:


Salam Kawan-kawan.


Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menulis entri baru harini. Agak lambat update sebab masa sangat2 tidak mengizinkan.

Tajuk entri macam hot kan? Mesti kamu semua x sabar2 nak baca kisah cinta saya. Ahaks. Sila jangan layan saya merepek!

"Surat Cinta Saya" hanyalah satu perumpamaan sahaja. Satu teknik baru yang sekejap tadi saya gunakan. Nak tahu lebih lanjut? Sila rajin2 meneliti satu persatu ayat2 saya okayy?

Setiap manusia biasa takkan terlepas dari merasakan seribu satu macam perasaan yang 'memenjarakan' diri kamu. Ianya juga bergantung kepada diri kamu sendiri macamana mahu handle 'penjara perasaan' itu. Kadang2 hampir sesak nafas dibuatnya kan? Lumrah kehidupan..penuh onak dan duri..kalau kehidupan kamu tu kosong semacam je, maka saya tabik spring la kat kamu. Lagi best ade onak dan duri tau. hehe

Mengadulah..mengadulah kepada sumber yang tepat. Semestinya Allah SWT itulah tempat kita mengadu segala-galanya. Allah SWT maha Memahami. Dia tahu hamba-hambaNya sikapnya ada turun ada naik. Allah SWT jugalah yang memberi petunjuk dan memandu kita dalam menunjukkan pilihan2 yang boleh kita pilih. Ok itu yang pertama dan yang paling-paling Utama.

Yang kedua. Tulis 'surat cinta'. Woha! bukan tulis surat kepada teman kamu okay. Tulis kepada diri kamu sendiri. Teknik ni saya adaptasi dari sebuah buku: Men are from Mars, Women are from Venus-John Gray.

Saya sama juga seperti manusia biasa. Bukan kuat setiap masa. Pelbagai onak dan duri perlu saya tempoh. Kadang-kadang tergelincir jugalah.

So, saya pun tulisla 'surat cinta' kepada kepada diri sendiri. Tulis..tulis..dan tulis..saya pun baca balik. Tiba-tiba saya dapat tahu punca segala kegusaran hati saya. Saya tiba-tiba dapat memahami situasi yang saya lalui sekarang. Automatik minda saya bertukar menjadi positif terhadap perkara2 yang saya anggap negatif selama ini. Selepas itu saya terus menerus menulis perkara2 positif pula. Now, saya sangat2 lega.

Tapi harus kamu simpan surat cinta kamu baik2 tau. Kalau nak berkongsi pun apa salahnya tapi make sure yang kawan kamu itu benar2 dapat terima penulisan kamu itu. Kot2 dia tak suka diri kamu ketika itu kan susah.

Banyak situasi boleh kamu aplikasikan teknik ni. Especially disaat kamu tidak puas hati kat seseorang. Daripada kamu serang dia baik kamu tulis dulu apa yang tak puas hati. Percayalah kamu akan lega. Tapi jangan tunjuk surat tu kat dia sudah!

Tapi nak tulis 'surat cinta' ni ada teknik2 dia. Bukan main belasah aje.

1) Luahkan apa yang terbuku dihati.
2) Luahkan apa yang kamu mahukan sebenarnya.
3) Motivate balik diri sendiri.


Apa pula teknik kamu?


p/s: Sila tambah apa yang kurang ye sebab saya ni kurang ilmu.



Read more

Definisi Wanita

Written by Einzafeera 6 comments Posted in: ,

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membaca entri saya.

Kali ini saya tidak mahu menaip panjang-panjang. Ini pun curik-curik masa sebelum masuk tidur.


Nah. Sila amati quote dibawah.


"Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya"


Kali pertama saya terbaca quote ini, hati saya terus terpaut padanya. Macam cinta pandang pertama pulak kan?


Gambar adik saya ketika mandi-mandi di swimming pool. Eh ada kaitan tak dengan tajuk entri kali ni ke? Eh biar ajelah.


Jadi apa pandangan kamu ketika melihat seorang wanita. Jatuh cinta pandang pertama jugakah?

Pasti permulaannya dengan Nafsu kemudian disusuli dengan Akal dan akhir sekali dengan Hati. kan? Disaat kamu melibatkan hati dalam memandang seorang wanita, ketika itu baru kamu sedar yang hati kamu sudah terpaut padanya! Adakah bermaksud kamu sudah jatuh cinta? HAHA. Kan saya sudah merepek..


p/s: Nanti saya nak buat survey, apa yang wanita pandang terhadap insan bernama Lelaki.

Read more

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails