Datanglah wahai semangat

Written by Einzafeera 0 comments Posted in: ,

Assalamualaikum semua..

Harini tidak ada apa-apa yang perlu ku coretkan. Sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku di hati ini..

Sebenarnya, aku sedang tercari-cari dimanakah semangat dan azam aku yang ku tanamkan dahulu..

Tiba-tiba ia hilang..

Wahai semangat, kembalilah ke sini..

Janganlah jadikan aku malas dan lemah..

Dan lagi satu, aku dah lama tidak menjejakkan kakiku ini ke kedai-kedai buku (MPH, Borders, Popular). Koleksi buku-buku ku yang dibeli semua telah ku khatamkan.

Hai..bilalah masa nak mengizinkan untuk aku ke sana lagi..

Sebenarnya, dengan membaca, aku secara automatik dapat menghilangkan stress dan melupakan setiap masalah yang bermain-main di fikiranku.

Aku betul-betul enjoy dengan membaca. Seperti aku berada di suatu dunia yang lain dan indah sekali.

Tapi aku bukan kaki novel tau. Ngantuk rasenye bile aku cube menjinak-jinakkan diri dengan novel. haha. Bile baca, aku macam lost. haha

Hmmm..tu jela yang boleh aku share.

Kepada sesiapa yang terjumpa buku-buku yang best bolehlah suggest kat aku ye..


mane lagi best? Journal ke majalah?



p/s: membace rajin, tapi nak study kemain malas. alahai..azza..azza..

Read more

Roda-roda kehidupan

Written by Einzafeera 2 comments Posted in:


Ada masa kita akan merasa lemah.
Tiada manusia yang kuat setiap masa.
Bak kata orang,
hidup ini ibarat roda,
kadangkala kita di atas,
kadangkala kita di bawah.
Ada masa kita kuat,
ada masanya kita lemah.

Tetapi saya percaya satu perkara,
manusia yang bijak ialah manusia yang
apabila dia berada di bawah,
dia seboleh-bolehnya akan berusaha untuk segera naik ke atas.

Read more

Kad yang Cun!!

Written by Einzafeera 4 comments Posted in:

Assalamualaikum kawan-kawan.

Harini saye tidak mahu membebel banyak2 di dalam entri kali ini. Walaupun saye tahu ini adalah column untuk diri saye and i have the priority to do any kind of things but i really really want to show you something. (sorry for the broken English. heheh)

I'm too excited when I first saw these card.

Jom Layan...

















She's so creative right?

For those who really really interested with all these kind of stuff, please do visit this blog. http://nasuha-chua.blogspot.com

P/s: saye rase saye nak try buat satu and asah bakat balik yang dah lame terkubur sejak zaman sekolah menengah dulu..hahaha..ceh perasan je!!

Read more

kisah sang semut yg merimaskan

Written by Einzafeera 9 comments Posted in:

Badan kecik, selera BESAR!

Pernahkah anda semua rasa tidak selesa, rasa geram, rasa sakit hati, rasa rimas, rasa macam nk membunuh sang sesemut yang berkeliaran di depan anda?

sekiranya jawapan anda YA, sila teruskan membaca..sekiranya TAK, sila berhenti takat ni jelah.

Disini teringin sekali untukku berkongsi kisah sang semut yang mengacau hidupku. Seperti yang anda tahu, aku mempunyai sebuah cubicle sendiri di school ku ni..tujuan aku amik cubicle ni pun sebab nak buat kerja dalam suasana yang lebih selesa compared dengan membuat kerja di lab. Nak nak pulak, internet kat sini lajuuu..

TAPI..

ada satu je masalah yang dah lama ku pendam. aku paling rimas dengan sikap seorang minah arab ni. siapa dia tu tak perlulah ku mention. kang tak pasal-pasal kene saman lak.

nak tahu pe dia buat??

dia suka sangat bancuh teh. Lipton gitu..pekat lagi berkhasiat. haha. tapi lepas dia minum, liat betul dia nak basuh balik cawan tu ye..maka, bergerombolanlah semut-semut datang menghuni cawan tersebut..

kalau part yang semut masuk dalam cawan tu aku suke..atleast habes gak sisa-sisa teh tu..rezeki semut tu..semut kan memang fitrahnye kuat bekerja..bekerja non stop. so pantang nampak makanan, pasti diorang serangg..

TETAPI

semut-semut ni oleh kerana dah terlalu dimanjakan, akhirnya mereka telah naik tocang. Dengan selambernye mereka berjalan di meja ku..amboi..geramnye..padahal mejaku langsung tiada apa-apa sumber makanan. dan yang paling pelik, sepatutnya semut-semut berjalan ikut barisan tapi kali ni diorang main suke hati lari-lari lintang pukang tawaf laptopku. paling 'best' diorang menari-nari atas tangan ku dan masuk terus ke dalam bajuku. semut ni nak tolong aku study ke??

SABAR jela kan..

nak tego cam tak manis lak..umurnye jauh lebey tua dari emakku..

so, ape yang aku boleh buat ialah memicit-micit semut2 yang menari-nari kat aku nii...


p/s: disaat aku menulis blog ni..dia tengah mengelap mejanya yg telah dikuasai semut selama hampir 2 minggu..haaa...naseb baikla dia da sedar. then dia pun tetiba ambik mop lap lantai..hmm..yg pelik tetibe ade bau hancing la pulak..adakah mop tu kotor??? wahahaha..busuknye..nak balik bilik la camni..

moral: pasni aku nak beli biskut untuk racun semut and hadiahkan kat dia..

Read more

Thank you for scrolling down

Related Posts with Thumbnails